Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli. (HR Abu Dawud dan Ahmad)
"Perjuangan kita lebih penting, akhi. Macam mana yang dikatakan pejuang kalau tidak diuji? Ingat firman Allah dalam Surah al- Ankaboot ayat 2: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?""
"Sabar lah Muiz. Cara hang tak betul. Sebab tu Allah tegur. Bersyukurlah Allah masih sayangkan hang. Sebab tu Dia nak tarik hang dari terus hanyut."
"Menangis lah. Kalau tangisan tu air mata penyesalan. Kalau rasa sedih ditinggalkan, pi basuh muka. Buat rugi ja."
"Lepas ni hang cuba tutup hati hang. Cuba cari cinta Allah, lepas tu boleh la cinta manusia tu nak mai. Bila tiba masanya, hang cari la calon.""Simpan dan ingat selalu. Jangan biaq bersawang. Lepas tu terlupa."
"Kita timba pengalaman dan pengajaran dari perkara lalu.. Dan muhasabah diri kita sebelum tido.. di mana silap kita, di mana kurangnya kita..Allah sayang kan ko, dan dia sedarkan ko dan banyak lagi tanggungjawab dan amanah kita..lebih- lebih masa usia sekarang :)
Tak berapa lama dahulu, saya juga pernah diingatkan oleh seorang kakak senior SBPI Kubang Pasu akan sebuah kisah, harapnya agar saya menjaga diri dari cinta yang melalaikan:
"Pernah pada suatu ketika, seorang wanita solehah jatuh cinta kepada lelaki yang beriman. Walaubagaimanapun, wanita itu takut, takut- takut kalau dia terbuat maksiat. Wanita itu tetap menyebunyikan perasaannya tanpa memberitahu sesiapa. Lalu wanita itu menambahkan amal ibadat dan selalu berdoa kepada Allah taala:
" Ya Allah jika lelaki ini baik untukku maka jodohkanlah aku dengannya. Jika tidak maka jauhilah aku daripadanya."
Tak berapa lama kemudian, lelaki tersebut meminang wanita tersebut... Walaupun tanpa sms, berutus surat dan sebagainya mereka tetap dijodohkan dengan ikatan yang sah."
Jodoh dari Allah Azza Wa Jalla. Allah aturkan jodoh itu, bukan manusia.
Tapi seperti inilah insan, terlupa selalu. Sedangkan dah ada guideline yang jelas. Sangat jelas.
Ujian ni rupanya, nak menyedarkan saya bahawa ilmu di dada masih kurang. Kerana ilmu itu cahaya. Kita mungkin ada banyak maklumat, tapi tidak semestinya ilmu, kerana ilmu itu cahaya.
"Aku telah mengadu kepada Waki' tentang buruknya hafalanku. Beliau menyuruh aku meninggalkan maksiat. Maka sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan diberi kepada orang yang melakukan maksiat."Wahai Tuhan kami, janganlah Kau mengirakan kami tersalah sekiranya kami terlupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah kau azabkan aku atas kerana ilmu yang aku miliki ini.
Bantulah aku wahai sahabat, aku ingin kembali kepada Islam.
Wallahu'alam.
9 ulasan:
weh..
sdeh ngat aih baca blog hang nih..
adeh weh awat plak nih..
kekeke...tp btoi la..Allah da aturkan suma da..hang berdoa ja weh..
moga2 hang bahagia eh..:)
Syukran. Mintak tulis banyak lagi. Moga menjadi penawar buat insan yang hatinya tercedera seperti diriku ini.
Assalamualaikum Muiz. Syabas bro, nampaknya macam dah terubat kan. Ko ada ingat tak kita borak-borak pasal ni juga hari tu. Aku seriously faham perasaan ko. Aku pun dalam usaha nak mujahadah. Doakan kita berjaya dunia akhirat bro, jumpa ko minggu depan insya Allah :)
sabar. semoga dianugerahkan pahala jihad....
-cikgu-
Terima kaseh cikgu. Sesungguhnya doa seorang cikgu yang kasehkan anak muridnya sangatlah makbul. Saya mengharapkan doa cikgu. :)
Tanpa Nama 13:47,
Lain kali letak nama. Ya, aku sangat sedih, tetapi tempat mengadu hanya kepada Allah.
Afwan Rusyda,
Insya Allah kalau ada ruang dan peluang, tulis lagi...
Siapalah kita ini melainkan insan? Wahai Tuhan, jangan Kau serahkan diriku ini kepadaku kerana aku tak mampu menguruskannya. Dan jangan Kau serahkan diriku ini kepada orang lain, mereka akan mensia- siakan aku.
Waalaykumussalam Naqib Qubezo,
Aku pun tak tahulah aku terubat ke tak. Kadang- kdang aku macam okay, kadang- kadang tak. Sungguh, beratnya mujahadah.
Assalamualaikum,
tak sangka enta ingat lagi cerita tu.. Akak dapat dekat DQ rasanya.. :)
Muiz, hati yang terluka itu dekat dengan Allah, maka bersyukurlah.
Persoalan bagaimana mengecap kebahagiaan, usah risau..
zikir itu penenang hati.
lagipun Muiz, enta muda lagi..(heheh) oleh itu, akk nak bagitahu yang CINTA ITU merangkumi
TANGGUNGJAWAB, KEPERCAYAAN, dan PENGORBANAN.
Dan kesemua itu, tidak dapat tidak hanya akan wujud setelah terlaksananya NIKAH.
Percayalah, Allah sedang mengajarmu apa erti CINTA yang sebenarnya.
P/s: Mengaji molek2. :)
Wa'alaykumussalam warahmatullah...
Insya Allah ana ingat cerita tu sampai bila- bila. :) Ya, akak ceritanya kepada ana masa akak maseh di DQ.
Alhamdulillah, masa diuji inilah ana dapat makna tawakkal, khusyuk dalam ibadat dan menangis ke hadapan Allah taala...
Ana muda lagi, tapi akk pun tak tua lagi... (hahah) :P
Kalau ini ibrah dari Allah tentang cinta, ana bersyukur sangat...
p/s: Insya Allah, ana mengaji molek2. :)
biasa la muiz, ini la ujian utk para remaja...nk test power hg tiptop ke dak...
klo hg dah kawen,lain macam pulak ujiannya..makin bertambah ade lah...
hahhaa...
Terima kaseh.
Catat Ulasan