Sabtu, 3 April 2010

Kenapa Bukan Sebat Syariah?

Hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi di'ringan'kan kepada servis komuniti.

Nampaknya kuasa raja Melayu sekarang telah melampaui agama Islam.

Di Eropah, kita dapat lihat bangunan- bangunan bersejarah masih kekal dan elok dijaga sehingga hari ini.

Institusi beraja di Eropah sudah lama musnah. Mungkin mereka berasakan tidak ada gunanya lagi menyimpan institusi beraja. Lalu mereka menyimpan bahan bersejarah sebagai kenang- kenangan.

Ia adalah satu institusi yang menggambarkan bagaimana kezaliman, pembaziran dan penindasan dihalalkan atas nama kuasa, bahkan lebih buruk atas nama agama.


Sebelum kuasa pemerintahan dipisahkan dari agama oleh kebangkitan golongan reformis sekularis, para penguasa di Eropah memerintah atas nama agama. Gereja dan istana itu disepadukan. Tindakan-tindakan istana dianggap mendapat restu Tuhan kerana gereja sentiasa bersama istana. Inilah keburukan jika agama dijadikan alatan untuk kerakusan kuasa pemerintah.

Akhirnya kekejaman pemerintah dianggap kerestuan agama. Kerakusan dan ketamakan akhirnya dipalitkan kepada agama. Pemikiran bahawa agama berada di bawah kuasa pemerintah atau raja adalah pemikiran yang berasal dari Kristian Eropah.

Dalam Islam, agama mengatasi raja atau sultan atau pemerintah. Pemerintah bertanggungjawab membela agama, bukan mengongkong agama. Hukum-hakam agama tidak terikat di bawah kerestuan atau limpah perkenan pemerintah atau raja. Sebaliknya "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya".

Maka tidak pelik dalam sejarah Islam, para ulama' berkata tegas dan berani di hadapan raja atau sultan atau khalifah tentang sesuatu hukum sekalipun tidak mendapat restu istana. Hanya ulama'-ulama' cari makan sahaja di sepanjang sejarah menjadi alatan atau ‘hamba’ raja atau penguasa.

Ya, mungkin hikmah terjadi peristiwa sebegini adalah pengajaran untuk orang yang berakal waras. Mana satu ulama haq dan mana satu ulama' anjing.

Tetapi, implikasinya lebih besar selepas ini.

Manusia akan mula menghalalkan apa saja yang haram dalam agama atas nama raja, politik dan kekuasaan.

Hukum Allah di Malaysia, bukan semakin dekat kepada pelaksanaan. Malah makin menjauh.

مَا تَعۡبُدُونَ مِن دُونِهِۦۤ إِلَّآ أَسۡمَآءً۬ سَمَّيۡتُمُوهَآ أَنتُمۡ وَءَابَآؤُڪُم مَّآ أَنزَلَ ٱللَّهُ بِہَا مِن سُلۡطَـٰنٍ‌ۚ إِنِ ٱلۡحُكۡمُ إِلَّا لِلَّهِ‌ۚ أَمَرَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
"Apa yang kamu sembah selain Dia, hanyalah nama yang kamu ada-adakan, baik oleh kamu sendiri atau nenek moyangmu. Allah tidak memberi suatu keterangan pun tentang hal itu. HAK MEMBUAT HUKUM ITU HANYALAH MILIK ALLAH. Dia memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." [Surah Yusuf,40]

Allah tahu yang terbaik.

3 ulasan:

AiNuDdIn Kun berkata...

dasar haprak betul raja pahang ni...sedap2 die je nak tukar2 hukum plak...Sister is Islam(SIS) pon agak cibai...membantah hukuman sebat ke atas kartika sejak hari mula dikenakan hukuman sebat...dasat tol!!!
apa mereka tidak belajar syariah atau PAI..orang minum arak hukumnya sebat 80 kali..6 kali sebatan pon SIS dah protes dah..kalo 80 kali,depa isytihar perang pa...dasar tolol!!!
yang aku pelik,mej Jamil Khir pon sokong..aku tataw lanak cakap pa..huhuw

Muiz Nasrallah berkata...

Hahah. Dent, aku lupa nak tulis kat situ, Jangan berharap kepada UMNO untuk bela hukum Islam.

hambaberdosa berkata...

Drpd Abdullah bin Amru bin Aa's r.anhuma katanya,bliau mendengar Rasuluulah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan ilmu pengetahuan daripada hamba begitu sahaja,tetapi Allah akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama' sehingga tiada lagi seorang pun yang alim,orang ramai akan melantik ketua yang jahil,maka apabila ditanya,mereka akan berfatwa tidak berdasarkan ilmu pengetahuan,maka mereka akan sesat dan menyesatkan orang lain.
Hadis riwayat Al Bukhari