Ya Allah, Engkau sebagai Tuhan Yang Maha Ego, tunjukkan kepada manusia yang buta mata hatinya bahawa kerajaan PM Najib telah menghina Islam dengan bersetuju memberi bantuan ketenteraan kepada US untuk menjajah negara umat Islam. Berikanlah kemenangan kepada Islam, Ya Jabbar Ya Mutakabbir!
GAMIS BANTAH PENDIRIAN NAJIB ISU AFGHANISTAN
Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) memandang serius keputusan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menghantar bantuan ke Afghanistan setelah mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.GAMIS menandang isu ini perlu diberi perhatian, tindakan tersebut agak terburu-buru memandangkan isu Afghanistan yang belum selesai sehingga hari ini. Amerika dilihat seolah-olah terdesak mahukan Malaysia bersama terlibat setelah banyak negara menarik balik tentera pengaman mereka keluar dari Afghanistan. Malaysia seolah-olah akan menjadi mangsa keadaan di samping akan dilihat sebagai boneka Amerika dalam isu ini setelah krisis di Afghanistan masih tidak dapat diselesaikan.
Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Dato' Seri Najib tidak boleh terburu-buru dalam isu ini. Walaupun atas nama kemanusiaan sekalipun, dunia akan melihat Malaysia seolah-olah ingin ditarik oleh Amerika dalam kes yang mereka sendiri cipta, ini kerana isu ini masih menemui jalan buntu untuk menyelesaikannya. Malaysia juga perlu mengambil berat aspek keselamatan negara serta wakil yang akan dihantar memandangkan ancaman dari al-Qaeda sebelum ini yang telah mengisytiharkan perang terhadap mana-mana negara yang mahu bersengkongkol dengan Amerika walaupun atas alasan bantuan kemanusiaan dan latihan.
"Amerika dilihat begitu tedesak dalam isu Afghanistan ini. Dalam keadaan negara-negara seperti Perancis, Kanada, Korea Selatan dan lain-lainnya menarik balik tentera pengaman di Afghanistan setelah mendapat tekanan dari masyarakat dunia yang mengutuk tindakan tersebut, tiba-tiba Perdana Menteri Malaysia telah membuat keputusan yang seolah-olah ingin menarik Malaysia untuk terlibat dalam isu yang dimulai oleh kezaliman dan kerakusan Amerika itu" berkata Idris lagi.
GAMIS berharap Perdana Menteri mempertimbangkan dalam aspek keselamatan wakil yang akan dihantar ke sana memandangkan masyarakat dunia pada hari ini dapat melihat ancaman yang diterima di sana. Jumlah askar negara luar yg maut atas alasan untuk tujuan pembangunan dan latihan adalah tinggi. Hal demikian termasuklah dari Australia seramai 11 orang, Britain 270,Kanada 140,Denmark 31,Belanda 43,Perancis 41,Jerman 43, Itali 22,Romania 12,Spannyol 17,Turki 3,Amerika Syarikat 951 dan ramai lagi yang tidak dinyatakan jumlahnya di sini.Manakala yang cedera dan cacat pula melebihi 5000 orang. Ini merupakan angka yang tinggi dan perlu dimaklumkan kepada umum.
Mengikut kajian oleh Pew Global Attitudes, menyatakan daripada 47 negara, hanya 2 negara yang rakyatnya menyokong peperang di Afghanistan melebihi 50% iaitu Israel 59% dan Kenya 60%. Yang lain semua majoriti rakyatnya tidak menyokong penuh. GAMIS juga yakin rakyat Malaysia juga tidak menyokong sama sekali.
GAMIS turut mengutuk pendirian bersama Perdana Menteri Malaysia serta Presiden Amerika Syarikat di Washington dalam isu pembangunan Nuklear Iran kerana Malaysia seolah-olah dilihat hanya mengangguk atas beberapa pendirian Amerika. Pendirian Amerika dalam isu nuklear ini dilihat tidak adil kerana seolah-olah memejam mata dalam isu yang melibatkan sekutunya termasuklah Israel.Begitu juga keadaannya isu APCO di Malaysia yang sedang hangat diperkatakan kerana bersangkut paut dengan agen Yahudi , perkara ini juga tiada jawapan yang jelas dari Perdana Menteri, pendirian-pendirian Perdana Menteri di Washington seolah-olah menambahkan lagi barah kepada rakyat Malaysia.
Datuk Seri Najib Razak dilaporkan masih berada di Washington untuk menyertai Presiden Barack Obama dan pemimpin dunia lain pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN GABUNGAN ISLAM SE-MALAYSIA
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Memilki Keagungan Kerajaan Langit dan Bumi, Engkau hancurkanlah kerajaan Najib Al- Hantuya dengan kehinaan serendah- rendahnya. Betapa hancur leburnya hati anak- anak Palestin di Gaza... jika mereka tahu, yang bersekutukan Zionis itu... adalah saudara mereka jua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan