Selasa, 31 Januari 2012

Jodoh yang Jauh

Ada satu kisah yang aku teringin nak kongsi dengan hampa semua.

Kisahnya seorang lelaki yang dah lama menaruh perasaan kat seorang perempuan solehah. Depa satu sekolah dulu. Dia yakin bahawa perempuan solehah itu mampu lahirkan anak- anak yang soleh dan sama- sama mengiringi dia ke syurga. Tapi, dia tak pernah bagitau kat siapa- siapa pun bahawa dia sukakan perempuan tu.

Maka, bermula dari hari tersebut dia pun mula berusaha untuk jadi yang terbaik supaya dia dapat siapkan diri untuk jadi suami yang soleh.

Sampai suatu masa, dia dapat tahu perempuan yang dia sukai itu dah bertunang dengan orang lain sebelum dia melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Mazhab Tawakal Buta

Tawakal berasal dari perkataan ikal. Dalam kamus arabiy diterangkan tawakal ini berlaku setelah kita mengikat unta kita dengan ikal(tali) kemudian baru bertawakal kepada Allah.

Istilah 'mazhab tawakal buta dalam cinta' ni dipopularkan oleh Hilal Asyraf. Aku pun tak percaya dengan tawakal buta dalam cinta. Hanya berharap tanpa usaha dia yang kita cintai akan bersama kita akhirnya itu mustahil. Harapan- harapan perlu kepada usaha. Nah, bukankah meletakkan harapan itu sendiri satu usaha?

Lelaki tersebut -pada pandangan aku- bukannya tawakal buta dalam mencapai cintanya. Tapi disebabkan dia rasa dia maseh mentah dan belum cukup bersedia, jadi dia tangguhkan niat dia untuk masuk meminang.

Dia pernah dengar ada seorang ustaz dulu pernah cakap lebih kurang macamni : "Jangan seksa pasangan kamu dengan bertunang dalam tempoh yang lama. Siapa tahu apa yang akan terjadi dalam tempoh tersebut? Syaitan sentiasa licik untuk buat manusia gelisah memenuhi nafsu atau juga jatuh hati kepada orang lain."

Yups, lelaki tu maseh belajar lagi dan ada berbaki 3 tahun pengajian. Ternyata, jodoh mereka jauh walaupun dalam jemaah yang sama.

Akhirnya aku teringat shaykh aku pernah cakap dalam kelas Tauhid, : "Jodoh adalah ketentuan Allah dan rezeki kurniaanNya. Ada dua perkara yang menjadi penyebab sebagai rezeki kamu : masa yang tepat dan peluang yang ada."

Kadang- kadang kita mungkin ada peluang untuk berumah tangga, tetapi masa tidak mengizinkan. Kadang- kadang kita juga mungkin ada masa yang tepat untuk masuk meminang, tetapi peluang tak ada.

Ada juga kisah, orang yang menikah dengan orang lain walaupun bertunang dengan orang lain(setelah dia putuskan pertunangan dengan yang awal). Masanya sesuai sebab pertunangan awal selalu bergaduh dan peluangnya ada bila mereka baru saja putus tunang.

Semoga lelaki tersebut tak sedih sangat dan terus berdoa sambil berusaha supaya bertemu jodoh sebagaimana yang dia impikan. Ameen.



1 ulasan:

Muhd Iqbal Samsudin berkata...

ni kisah abg muiz la ni kan..hihi :)