Hujah kerasulan dilempar Musa,
Kalah penguasa dan ahli sihir istana,
Muhammad menyebar dakwah bijaksana,
Dituduh penyair dan ahli sihir gila.
Penguasa gila berhartakan kuasa,
Tak rela istana berantakan dek hujah dan idea,
Kerana kuasa sekian lama,
Hanyalah atas nama dogma semata.
Firaun menghentak tubuh Musa,
Namrud membakar Ibrahim yang mulia,
Quraisyh merencana membunuh Muhammad nabi kita,
Regim BN membantai dan memenjara mahasiswa.
Ayuh mahasiswa, mari bersumpah setia untuk hancurkan regim zalim pada tahun ini! Solidariti untuk mahasiswa yang dizalimi akibat menuntut kebebasan akademik dan hak mahasiswa seluruh negara.
Asyraf Muiz, Madinah Nabawiyyah,
1 Jan 2012/7 Safar 1433.
p/s : Sebarkan gambar dan video mlm tadi dan sila upload. Sangat binatang polis malam tadi.
1 ulasan:
xtaw nak komen apa tp nak komen jugak
=p=p=p
so xbermanfaat dan hg pun xgembira..hehe
Catat Ulasan