Ahad, 5 Disember 2010

Ketuanan Melayu adalah Idea Yahudi


Aku malas nak ulas panjang, hampa baca sendiri :

IKTIKAD ‘KETUANAN MELAYU’ MENYANGGAHI ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Merujuk kepada isu ‘Ketuanan Melayu’ yang dijadikan isu sekarang, maka di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara;

1. Istilah ‘Ketuanan Melayu’ (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’.

3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan melayu’, kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan.

4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka ‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.

5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).
Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

6. Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

7. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:
“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).
Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.

8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

Sumber : http://drmaza.com/home/?p=1296

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hak Istimewa Melayu bukan bermakna Melayu berhak ke atas segala-galanya. Ia adalah sedikit kelebihan atas orang Melayu berbanding kaum pendatang Cina, India dan Benggali kerana bertolak ansur memberi kewarganegaraan kepada Cina, India dan Benggali..
ia tidak boleh disamakan dengan konsep Bangsa terpilih Yahudi.. yang menyatakan bahawa bangsa lain adalah Ghoyim.. Hina.. dan patut dibunuh..

Tanpa Nama berkata...

((( Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’. )))

seperti mana yang kita tahu.....bahasa melayu.....atau lebih dikenali....bahasa malaysia.....ia ada banyak maksud.....maksud yang dr.asri memperjelaskan di atas....adalah....salah satu maksud......tapi....apa yang cuba saya perjelaskan adalah....ketuanan melayu di tanah melayu......iya.....mungkin benar dr.asri kata....orang melayu sentiasa diatas.....tapi....diatas yamg macam manakah beliau maksudkan??? kerajaan cuba mempertahankan hak orang melayu.....macam islam.....kita ada persatuan yang menyebarkan dakyah islam.....ini kerana.....pihak kristian....menyebarkan dakyah nya berluasa di tanah melayu.....jadi....ketuanan melayu ini.....bertujuan.....bangsa lain....tidak boleh dengan bersenang lenang membuat undang-undan sendiri.....anda melayu....anda islam...tidakkah anda berasa....melayu dan islam sekrang ini berpecah belah??? kerana apa??? sila renung.....kerajaan cuba buat yang terbaik.....jangan tutup mata anda....hanya kerana kesalahan kecil kerajaan....kebaikkan kerajaan tidak nampak.....jika salah...tegur.....jangan terus jatuhkan hukuman.....

rusydatul nabila berkata...

saudara asyraf muiz,anda harus berfikir lagi secara lebih dalam tentang perkara ikitikad ketuanan melayu itu myanggahi islam.jgn hnya melihat dr suatu yg negatif.beri kan minda itu sedikit positif .anda itu melayu anda itu agama islam,bfikir dgn minda yg waras bkn atas desakan hati yg bak lalang.