Ahad, 7 November 2010

Hari- Hari Awal di Madinah

Salaam to all,

Semoga sentiasa dalam naungan Allah taala. Hehe, dah lama benar aku tak update blog kan. Maaflah semua yang ziarah sebab sibuk dengan urusan untuk Jami'ah Islamiyah Madinah.

Dalam tulisan kali ini, ingin sekali aku berkongsi pengalaman aku sepanjang masa yang singkat aku di Arab Saudi. Bermulanya aku naik kapal terbang di KLIA dan transit di Jeddah. Masha Allah, menunggu di jawazat(imigresen) benar- benar menguji kesabaran. Bukannya apa, petugas Arab tempat kaunter aku beratur saja melambat- lambatkan urusan padahal di kaunter lain urusan berjalan dengan cepat. Kaunter lain dah habis lima orang dah, kaunter aku seorang pun tak selesai.

Sabar je lah. Agak la dalam tiga jam, urusan baru selesai. Sesiapa yang sabar hidup di Madinah atau mati di Madinah, akan mendapat syafaat Rasulullah SAW.

لَا يَصْبِرُ أَحَدٌ عَلَى لَأْوَائِهَا فَيَمُوتَ إِلَّا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا كَانَ مُسْلِمًا

Sesiapa yang sanggup dan sabar menanggung kesukaran tinggal di Madinah, lalu dia mati (di Madinah), maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi di hari kiamat, jika dia seorang Muslim. (Riwayat Muslim)

Asalnya kami akan menaiki penerbangan juga dari Jeddah ke Madinah. Disebabkan penerbangan seterusnya lambat lagi, (terpaksa menunggu dalam 12 jam) maka urusetia menyuruh kami menaiki bas catar sahaja. Dalam perjalanan ke Madinah itulah pertama kali aku makan nasi mandi.

Nasi mandi dan ayam mashwi. :D

Seterusnya kami sampai ke gerbang Universiti Islam Madinah pada jam tiga pagi... Setelah mengisi borang dan diserahkan kunci bilik, maka selepas subuh kami mula masuk ke bilik masing- masing.

Masha Allah, bilik sungguh selesa dan luas. Kami tinggal di wehdah lama untuk pelajar baru, bilik yang memuatkan enam orang pelajar. Pada mulanya aku tinggal bersama dua orang lagi pelajar Malaysia dari Darul Quran: Nash dan Hazim. Tak berapa lama kemudian kami mendapat kawan sebilik yang baru dari Filipina, Kuwait dan Mesir.

Aku sungguh beruntung sebilik dengan Abdul Jalil dari Filipina kerana beliau sungguh fasih berbahasa Arab. Walaupun beliau berumur 23 tahun dan aku hanyalah 18 tahun, ianya bukan satu masalah. Ia adalah kebiasan di sini. Batch aku sendiri pun ramai yang lebih berusia dari aku. Berbalik kepada saudara Filipina tadi, saudara dari Kuwait pun memuji beliau dengan berkata: "Bahkan, bahasa Arab kau lebih baik dari orang Arab sendiri!" Haha.

Islam di Filipina

Abdul Jalil memberitahuku bahawa dia penduduk Mindanao berbangsa Moro. Lalu dia mula menceritakan sejarah perjuangan Islam di negara mereka.. Menurutnya, orang Islam Mindanao tidak mengaku bahawa mereka di bawah kerajaan pusat di Manila. Mindanao adalah negara Islam sendiri. Ini kerana keadaan di Mindanao sama seperti di Acheh.

Kalau Islam di Malaysia ditindas secara halus, Islam di Filipina ditindas secara terang- terangan melalui senjata.

Mereka menuntut kebebasan dari Manila dan ingin mempunyai kuasa autonomi untuk mentadbir sendiri. Di sana, mereka mengiktiraf pejuang mujahidin seperti Jemaah Islamiyah dan Abu Sayyaf. Sebelum ini aku hanya ada maklumat sedikit sahaja berkenaan dengan gerakan haraki di sana. Ialah Gerakan Pembebasan Islam Moro.

Pada saat beliau bercerita, aku berasa sangat malu dengan diriku sendiri. Walaupun tinggal di negara yang sentiasa berperang, bahasa Arabnya sungguh lancar bagaikan air yang mengalir. Berbeza dengan aku yang tinggal di negara yang aman, tidak bersungguh- sungguh mempelajari bahasa agama aku sendiri. Mulai dari itu, aku bertekad untuk memperkuatkan bahasa Arab aku di sini.

Sekian dulu untuk kali ini, aku harus ke kelas pula. Semoga aku terus dapat memanfaatkan masa sebaiknya di bumi tarbiyah ini. :)

7 ulasan:

eyl berkata...

MasyAllah, bila baca entry ni, sangat jeles lak aku rase ngn kau muiz, kau belajar ilmu yg dekat dengan Allah, hidup dlm suasana org yg cinta akan agama Allah, sangat best. aku bangga dgn kau muiz.

Tyra Hanim berkata...

may ALLAH bless muiz, jangan lupa kirimkan aku doa dari tanah haram (=

suffiakmal berkata...

ang beruntung muiz ! alhamdulillahbercimpe

adysuR berkata...

MasyaAllah.
Ak pon bangga kenai hg.
Timbalah ilmu sebanyak yg mungkin di sana.

Sahabat adalah hadiah dari Allah kerana sahabat adalah org yg membawa kepada keredhaanNya.

Doakan kami di sini.

Muiz Nasrallah berkata...

Alhamdulillah, syukur nikmat Allah eyl dengan sufi. Ada masa dan ketika mai la ziarah sini. Berdoalah kepada Allah supaya dimudahkan.

Insha Allah,Tyra dan Rusyda. Betul.

Haziqah Yusra berkata...

muiz, bru tringat pas bc entri ni..ms ang call tu,isk3..aku ttgai nset aku kt umh..

Muiz Nasrallah berkata...

Haaa.. tu la, ingatkan sombong jugak takmao angkat kol macam ada orang tu.. Huhu.. Takpa3.. Nanti aku balik cuti pastu nak pi sekali lagi aku kol plak.