Rabu, 10 Jun 2009

1 Malaysia: Idealistik Tetapi Tidak Realistik

Sekali pandang, slogan ini nampak hebat dan bergaya. Ia sungguh mudah disebut sehingga mudah meniti di mulut- mulut kanak- kanak tadika sekalipun. Perpaduan adalah skop yang dicanangkan sempena slogan ini.

Memandang Dalam Gelap

Tetapi, apakah dasar dan pelaksanaan yang menunjangi definisi bagi 1 Malaysia?

Siapakah pendokong 1 Malaysia?

Bagaimanakah seseorang itu layak dinobatkan sebagai pendokong 1 Malaysia?

Ini memerlukan satu kertas kerja atau sebuah buku yang bertajuk “1 Malaysia: Definisi Hari Ini”

Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa. Itu tak payah sebut, semua orang tahu. Tetapi apa yang selalu orang lupa dalam terdiri dari pelbagai bangsa sudah tentulah pengamalan budaya juga berbeza. Dalam istilah, kita sebut Kesamaan dalam Kepelbagaian (Unity In Diversity).

Oleh kerana tidak ada dasar yang jelas mengenai gagasan ini, saya memahami bahawa perpaduan yang dicanangkan adalah semua kaum adalah sama. Sudah pastinya bila semuanya sama maka mereka mengamalkan kebudayaan yang sama. Sehingga hari ini, pelaksanaan mengenai gagasan ini tiada.

Dalam hal ini, saya teragak- agak adakah 1 Malaysia bertentangan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ? Saya simpulkan bahawa 1 Malaysia tidak bertentangan secara terus tetapi adakah gagasan ini benar- benar menyokong Dasar Kebudayaan Kebangsaan ? Perkara ini berikutan pelaksanaan masih tiada sehingga hari ini.

Serupa tapi Tak Sama
Dalam masyarakat Islam sendiripun, gerakan- gerakan Islam mempunyai pendirian berbeza dan tersendiri. Adalah tidak adil untuk kita menyapu rata semua gerakan Islam di dalam satu bakul, apatah lagi umat Islam di dalam satu bakul.Memanglah umat islam itu merupakan satu ummah, satu entiti, tetapi metode mereka berbeza. Malah bangsa mereka juga berbeza-beza. Cara pemikiran dan pendekatan mereka juga berbeza. Adalah tidak adil untuk menyamaratakan mereka semua.

Ikhwan Muslimun di Mesir tidak sama dengan Jamaah al-Adl wal Ihsan di Maghribi, HAMAS tidak sama dengan Hizbullah di Lubnan, Parti Nahdah di Tunisia tidak sama dengan FIS di Algeria, malah Hizbut Tahrir tidak sama dengan al-Muhajiroun di UK, AKP di Turki tidak sama dengan PKS di Indon, malah PAS di Malaysia tidak sama dengan Jabhah al-Amal al-Islami di Jordan. Taleban di Afghanistan tidak sama sekali serupa dengan Jamaat Islami di Indo-Pakistan, dan jamaah Tabligh tidak sama sekali serupa dengan golongan tarekat di Hadral Maut dan di Tarem. Golongan Salafi pro-Albani di Jordan tidak sama dengan Jamaah Salafiyyah di Kuwait, malah golongan pro-Madkhali di Saudi jauh sekali bezanya dengan golongan Deobandi di Indo-Pakistan.

Sesiapa yang ingin mengkaji setiap gerakan perlu melihat ruang-ruang perbezaan ini agar tidak terjerumus ke lembah generalisasi. Jika tidak kita tidak akan berlaku adil. Untuk melihat perbezaan ini, dan juga untuk mengkaji secara akademik, para pengkaji harus berlaku adil dan bersikap neutral. Kajian mereka bukanlah untuk menjatuhkan ataupun memenangkan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain. Ruang bias dan taksub hanya akan merosakkan nilai akademik sesuatu kajian. Biarlah setiap individu membuat konklusi mereka sendiri berdasarkan maklumat dan ilmu yang mereka ada. Ruang akademik bukanlah ruang indoktrinisasi dan rekrutmen.

Khatimul
Bagaimana hendak menyamaratakan kebudayaan yang didokongi oleh pelbagai bangsa malah pelbagai agama pula?

Artikel ini tidak pernah menidakkan perpaduan, malah golongan muda seperti saya mudah sahaja menolak UMNO yang bersifat racis tetapi dek kerana pelaksanaan dan dasar yang masih samar maka saya menolak konsep 1 Malaysia.

Sungguh, 1Malaysia adalah gagasan yang idealistik tetapi tidak realistik.

p/s: Pasukan Bahas sekolah saya menumpaskan pasukan bahas Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCKK) dengan hujjah ini~

3 ulasan:

Visitor berkata...

Jika terlalu suka meneroka alam yang penuh kegelapan, maka kita akan sesat. Malah jika terdpat setitis cahaya di hujung sana, kita menganggapnya "hantu" dan perlu dijauhi. 1Malaysia - mendukung prinsip kesaksamaan (bukan sama rata) dan Unity in Diversity (rujuk konsep 1Malaysia dalam website 1 malaysia PM). Malah dalam ucapan dan kupasan, jika anda membuka TV dan media-media lain, akan kedapatan bahawa konsep 1 Malaysia itu mendukung prinsip perlembgaan. Cuma, memang ada terlalu ramai yang mengambil kesempatan atas konsep ini dengan menutup mata, memekakkan telinga dengan membawa konsepo "1 Malaysia = sama rata!Kalau anda sendiri awal-awal memulakan langkah dengan memadamkan cahaya, bagaimana mahu menerima "unity in diversity" itu?

Muiz Nasrallah berkata...

Adakah dinamakan bertanggungjawab jika mengeluarkan kenyataan tanpa menerangkan kepaad yang mendengar sehingga yang mendengar tercari- cari sendiri apakah dia 1Malaysia itu?

saya selalu merujuk kepada web 1malaysia,tetapi saya tak jumpa apa yang dinamakan "dasar" dan "pelan pelaksanaan" yang mendukung prinsip 1Malaysia.

jadi apa sebenarnya yang dimahukan PM? Anda tahu?

saya rasa anda sendiri tak mungkin atau tak akan tahu sehingga dijelaskan secara hitam dan putih "dasar" dan "pelan pelaksanaan" 1Malaysia

sebenarnya anda sendiri sudah gelap, kerana tanpa nama dan pengenalan diri, siapa saja boleh menjadi apa (di laman sesawang)

Kalau anda berani sertakan emel anda, saya hulurkan salam perdebatan.

syahaabahjamil berkata...

Salam ..

betul ckp ko..
ak pun baru sedar tadi time belajar sejarah..

perasan x, british dengan mudahnya memberi kita kemerdekaan pada 31 ogos..selama kita belajar sejarah.. itu jela yg dlm buku tu tulis.. " pengisytiharaan merdeka "
tapi x pernah nak tunjuk kat kita hitam putih , ape yg dibincangkan mereka semasa di london tu, macam mane la tetibe je dengan mudahnye kita diberi kemerdekaan sedangkan negara2 lain masih lagi tidak merdeka..
cikgu ak ckp.. kita kne pi tgk sendiri perjanjian tu kat london kalau nak tau sgt.. erhh.. why so secretive ? geram gak ak tadi..
and2.. cikgu ak ckp gak.. hows can malaysia nak jadi negara islam.. sedangkan malaysia sekarang nie menggunakan perlembagaan persekutuan tanah melayu yg dibentuk oleh suruhanjaya Reid yang mana.. xde sorang pon org melayu dlm suruhajaya tu.. >.<
dann..
kalau x silap ak la.. cikgu ak ckp.. ppsmi tu satu kesilapan coz dah melanggar perjanjian persekutuan T.M. sebab mengagungkan bahasa inggeris sedangkan bahasa melayu ialah bahasa kebangsaan..

and about 1malaysia..
PM sptutnye bgtau kite ape function 1malaysia ni..
bukan just cakap.. 1malaysia, 1 bangsa.. bla.. bla.. bla..
=.=
ak jarang nak tgk tv or berite.. tapi bile tgk surat khabar pon.. cam xde explanation jer.. yang ade keluar tajuk.. org ni sokong.. org tu bangkang.. >.<

[p/s; minta maaf kalau ak ade tersilap maklumat ke ape2.. huhu.. baru terbuka hati nak tahu sejarah.. apa yg salah tolong betulkan okeyh.. ]