Alhamdulillah dengan izinNya Allah memberi kemenangan kepada rakyat di Permatang Pauh. Sekaligus membuktikan bahawa rakyat tidak termakan fitnah liwat Saiful Bukhari.. Walaupun media-media munafik memomokkan 'seolah- olah Anwar penjahat nombor satu dunia', namun, semakin banyak serangan ke atasnya, semakin banyak sokongan yang diterima. Tahniah untuk Anwar Ibrahim!
Semoga laluan ke Putrajaya semakin mudah.
Buat masa ini Anwar Ibrahim telah menyeru supaya negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.
Begitu juga Anwar akan melaksanakan Agenda Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa diskriminasi kaum. Pakatan Rakyat juga akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.
Mereka(Pakatan Rakyat) juga berjanji akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.
Walaubagaimanapun janji Anwar, kami berharap bahawa bakal PM Malaysia yang baru ini akan melaksanakan demokrasi mengikut landasan Islam. Andai Islam tidak diberikan tempat pada letak yang sepatutnya maka akan subur kembali gejala rasuah, nepotisme, kronisme dan pelbagai salah laku (kalau sebut kat sini mau penuh satu page) sepanjang kerajaan BN memerintah. Dan pada saat itu, andai Islam dizalimi maka pejuang- pejuang Islam akan berpatah arang dari menyokong anda.
Kita ketika ini dalam bahang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara ke-51. Diharapkan kemerdekaan tahun ini lebih bermakna dengan harapan baru ini.
Dunia Asia juga sedang menuju kepada Reinassence. Maka kita tidak berkecuali dalam hal ini.Tidak selama- lamanya dunia perlu meletakkan Anerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia. China dilihat berpotensi untuk menyaingi Amerika Syarikat dalam masa sedekad lagi. Walaupun pada dasarnya dua kuasa besar dunia: Amerika Syarikat dan Rusia tidak menjajah kita secara fizikal tetapi mereka telah menyerang kita melalui ideologi mereka.Sepatutnya kita segera menyingkirkan Amerika Syarikat kerana di sana bermulanya ideologi- ideologi berteraskan materealisme dan sekularisme yang merosakkan gaya hidup masyarakat Islam. Untuk golongan muda Malaysia, mereka hidangkan hedonisme.
"Semuanya mesti dilibur. Hukum Islam pantas ditidak-apakan, minum arak secara terbuka, pergaulan bebas - adalah juga bentuk penterjemahan Islam yang kononnya moderat tetapi rupanya mudarat," inilah penterjemahan hedonis dalam kaca mata Dato' Zahid Hamidi, Menteri di JPM. Menurutnya lagi, hedonis berakar dari fahaman Islam Liberal.
Pada 29 Ogos ini pula Avril Lavigne akan mengadakan konsert di Stadium Bukit Jalil. Sehubungan dengan itu, Perkid, Pekida Bukit Bintang dan NGO-NGO Islam yang lain akan bergabung secara besar-besaran membantah konsert tersebut.
"Jika perlu kita mengadakan demontrasi aman kita akan lakukan jika kerajaan tetap meneruskan konsert ini," kata Pengerusi Perkid, Ustaz Masridzi Sat. Tambah beliau lagi tindakan kerajaan membawa masuk penyanyi dari Kanada itu ibarat menyiram racun walaupun mereka lelah membaja dengan baja dakwah.
Malaysia harus merdeka dari ideologi yang serba menyesatkan ini. Semuanya berakar umbi dari Amerika Syarikat dan Eropah.
Kembali kepada Reinassence Asia, India juga sedang berusaha untuk menjadikan negara mereka sebagai hub pendidikan teknologi maklumat terbaik di dunia.
Untuk Malaysia, Anwar Ibrahim satu- satunya tokoh yang layak untuk menempatkan Malaysia dalam Reinassence Asia. Tetapi jadilah tokoh Reinassence yang melaksanakan Islam.
Itulah harapan masyarakat Islam yang beriman untuk anda. Kami sentiasa bersama anda selagi anda bersama- sama kami di jalan Islam.
1 ulasan:
Yup..selagi Islam menjadi tunjang dlm pimpinan, kami sentiasa di belakang!
Catat Ulasan