Khamis, 21 Ogos 2008

Kenapa Pak Lah Tak Mahu Turunkan Harga Petrol Dan Diesel?

Nak tahu kenapa, sila tumpukan kepada:
1. Bebanan Hutang Negara
2. Kongsi Keuntungan Orang dan Syarikat Berkenaan

Seseorang pemimpin politik yang ada rasa malu, tentulah akan bertanggungjawab bila Rakyat telah dengan nyata tidak mahu lagi dia memimpin parti dan negara.

Malu Pak Lah, besar sungguh -* Pulau Pinang, negeri sendiri pun, kalah,
* Kuasa di Parlimen tidak sampai majoriti dua per tiga,
* Kuasa di negeri, kehilangan suatu wilayah meliputi Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
* Di negeri lain, jelas pengaruhnya merosot,
* Barisan Nasional sudah tidak relevan lagi,
* UMNO sudah lama parah, dan sudah nyawa-nyawa ikan,
* Rating Rakyat akan kepemimpinannya merudum dan semakin turun.

Keinginan Berterusan -
Diperhatikan ada dua perkara yang Pak Lah tak mahu turunkan:
01. Dirinya mahu kekal di kerusi tampok puncak paling berkuasa, dan dia sendiri tidak mahu turun daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Menteri Kewangan, dan Perdana Menteri Malaysia.
02. Harga petrol dan diesel.

Kenapa?

Sebabnya:
Dari sudut kuasa:
Jika Pak Lah turun, ramai lagi akan turun. Mereka turun dalam keadaan malu yang besar. Kemungkinan, sisa hidup dihabiskan turun naik pejabat Badan Pencegah Rasuah, pejabat polis, mahkamah, paparan media dalam dan luar negara, hidup dalam pelarian di negara asing, atau kemungkinan di penjarakan, dan kemungkinan seumpamanya.

Dari sudut kewangan:
Jika seorang Perdana Menteri baru menjadi kenyataan, Pak Lah diganti atau ditumbangkan. Perkara pertama yang barangkali akan dilihat oleh Perdana Menteri Ke-6, ialah, kedudukan kewangan negara.

Ini meliputi:
* Berapa jumlah kewangan yang sedia ada,
* Berapa perbelanjaan lalu, kini dan akan datang,
* Berapa baki peruntukan,
* Berapa simpanan,
* Berapa pelaburan,
* Berapa pendapatan,
* Berapa bayaran dan baki hutang, dan
* Beberapa hal bersangkutan.

Sekiranya kita lihat dengan teliti Pak Lah sebagai pemimpin, gaya kepemimpinannya, ciri buruk dan baiknya, maka bab ini, yakni, akaun tak balance, Pak Lah sebenarnya paling teruk.

Di antaranya:

* Jumlah kewangan yang sedia ada sikit. Perbelanjaan lalu melebihi paras banyak, kini baki tinggal sikit, akan datang tak tahu macam mana.

* Baki peruntukan pusing sini sana, sudah tidak ketahuan.

* Simpanan kerugian kerana jika belian bond, pengecutan matawang dunia, negara kerugian.

* Simpanan walaupun masih stabil, tetapi bila-bila boleh merudum jika tidak berhati-hati. Perbelanjaan masih besar. Pembaziran kerajaan pusat dan negeri berleluasa.

* Dari aspek pelaburan, semakin bertambah kesilapan melabur, dan kerugian semakin meningkat. Satu persatu mula terdedah, terutama pembelian bank di Indonesia. Ada banyak lagi.

* Pendapatan, semakin terancam, kerana aspek perdagangan antarabangsa, banyak bergantung kepada terma yang memihak kepada negara pengimport.

* Bebanan hutang negara masih tinggi dan banyak.


Jadi apakah yang boleh dilakukan?

Walaupun Malaysia mempunyai pakar ekonomi yang hebat, mampu menyusun satu pakej induk ekonomi negara, namun, cara mereka bekerja jujur mengikut angka matematik.

Maka hendaklah diperolehi tuan penasihat yang berbelit politiknya, dan tahu sedikit sebanyak perihal ekonomi, dan sedikit sastera. Ehem!

Pakar begini cukup ramai lah.

Nun di sana, tersergam indah...Petronas!

Tabung besar yang dirasakan mampu digunakan untuk mengatasi kemelut kewangan yang sedang membebankan Pak Lah.

Sememangnya Pak Lah terkenal dengan membuat keputusan silap, dan keputusan berubah-ubah, jadi dilaksanakanlah:

* Harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan selepas PRU 12.
* Harga petrol dan diesel dijangka naik bulan Ogos 2008.
* Jun 5, 2008, harga petrol dinaikkan serta-merta, segera, drastik, dan tinggi, berdasarkan harga minyak dunia yang tinggi.
* Harga petrol dan diesel di Malaysia, ikut harga minyak pasaran dunia, bila harga di dunia naik, di Malaysia pun naik; sebaliknya bila harga di dunia turun, harga di Malaysia pun turun.
* Harga petrol dan diesel tidak dinaikkan tahun ini. Tahun berikutnya, siap lah engkau orang.
* Untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga petrol dan diesel ini, kerajaan memberikan rebet.

Tiba-tiba...
Alamak! Rosak program, harga minyak pasaran dunia turun, dan turun-turun, dan turun pula lagi. Maka...

* Harga petrol dan diesel di Malaysia akan diselaraskan 1 September 2008, berdasarkan penurunan harga minyak di pasaran dunia.

Begitulah tipu-daya Pak Lah, sebagai pemimpin negara dan sebagai pentadbiran kewangan negara.

Sebenarnya:
Ada 3 langkah yang boleh diambil di Malaysia:
Pertama: harga petrol dan diesel diturunkan selepas PRU 12,
Kedua: kekal dan tidak perlu dinaikkan langsung, dan
Ketiga: Dinaikkan sedikit sahaja.

Ini adalah kerana, stok minyak di dunia banyak. Boleh dikeluarkan oleh negara OPEC, dengan banyak lagi, jika permintaan sebenar pasaran meningkat.

Harga minyak di pasaran dunia stabil dan rendah.

Tetapi, dasar kenaikan harga petrol dan diesel yang Pak Lah ambil, ialah harga minyak di pasaran hadapan atau Futures Market, dijudikan secara "sah" oleh Spekulator Institusi Antarabangsa.

Spekulator ini mempunyai wang yang banyak, lalu membeli minyak dunia dengan jumlah yang banyak, dengan harga yang murah. Dibelinya juga minyak yang belum dikeluarkan lagi dari perut bumi, untuk tahun umpamanya 2010, 2015, 2020. Maklumlah pasaran hadapan...

Pembelian ini dispekulasikan, minyak semakin kurang di pasaran dunia. Sebab mereka dah beli dah. Susutlah angka di atas kertas.

Bila minyak sudah dimiliki Spekulator, atas kertas, maka harga minyak adalah berdasarkan harga pasaran hadapan. Itu sebablah harganya tidak munasabah. Suka hatilah berapa harga dia nak letak.

Jadi Pak Lah, menteri kabinetnya yang akur, dan ahli parlimen Barisan Nasional yang setia, telah menetapkan kenaikan harga petrol dan diesel, dengan membebankan Rakyat Malaysia, dan memberi sumbangan berbillion RM kepada Spekulator antarabangsa sektor "judi" pasaran hadapan.

Disamping itu, kenaikan harga, memberi keuntungan kepada Petronas, dan pengagihan besar kepada kerajaan. Duit ini, boleh digunakan untuk menampung bebanan hutang negara, dan Pak Lah sebagai Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, chewah, boleh mengguna wang ini, untuk distribusi ke pusat dan negeri, demi mengukuhkan kuasa politiknya.

Di samping itu, aspek seperti rebet-merebet mendatangkan keuntungan perkongsian orang dan syarikat berkenaan. Sehingga kini tiada menteri berkenaan yang berani menyatakan, berapa upah, dan siapa yang dapat upah ini.

Itulah sebab musabahnya, Pak Lah tidak mahu turunkan harga petrol dan diesel di Malaysia. Juga, tidak mahu turun dari kerusia berkuasa, Perdana Menteri Malaysia.



Adakah Pak Lah sendiri, ahli keluarganya terkesan dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini?
Adakah para Menteri kabinet?
Adakah pegawai tinggi kerajaan?
Adakah para pemimpin pusat dan negeri?

Tidak!

Mereka yang terkesan ialah:
Keluarga orang lain, kitalah kan,
Kakitangan pejabat menteri,
Kakitangan kerajaan,
Ahli UMNO,
Ahli parti Barisan Nasional,
Pemimpin dan ahli lain-lain parti politik,
Rakyat di seluruh negeri dan negara Malaysia.

Apa yang boleh Rakyat lakukan?

Ish, ish, ish, lagi mau tanya...

P 44 Permatang Pauh.

Tahu apa nak buat kan?

Bagus!"

Tiada ulasan: