Semakin kita berfikir mengikut logik, semakin mudah sesuatu perkara. Sebenarnya apa-apa perkara pun yang kita nampak susah, tetapi bila kita berfikir secara logik, kita akan memudahkannya. Yang menjadikan ia susah, jika kita jenis suka putar belit sesuatu perkara.
Umpamanya jika Maha Agung itu berlogik "1", dan selain Dia (makhluk) berlogik "0", kalau ikut hukum logik 1 > 0. Mudah bukan? Tetapi jika kita berfikir secara putar-belit, dengan menganggap tidak mustahil 1=0 atau 0 > 1, maka jadilah kita termasuk golongan yang engkar hukum logik.
Bagi golongan yang engkar, mereka tidak percaya akan dimasukkan ke neraka sebab mereka sudah berpegang pada anggapan 0 = 1. Atau dengan kata lain, jika engkar (kafir) pun mereka berharap masuk syurga. Tetapi jika kita ikut hukum logik, mana sama 0 = 1. Oleh itu, menjadi khayalan semata-matalah bagi orang yang engkar hukum logik untuk masuk syurga.
Bila jika kita berfikir mengikut logik, kita telah menurut perintah Allah supaya menggunakan logik akal. Kerana itu, berfikir ikut logik, nilai logiknya adalah 1. Allah juga berlogik 1. Oleh kerana 1=1, maka menurut perintah Allah untuk berfikir secara logik, kita sudah menjadi golongan Allah (hamba-hambaNya yang didekatkan padaNya...insya Allah).
Apa yang menyebabkan kita nampak perkaitan logik dalam Al Quran? Mari kita bereksperimen dengan lampu untuk mengetahui jawapannya.
Lampu, bila kita ON suisnya, lampu akan menerangi. Bila kita OFF, lampu akan padam. Ketika lampu ON, ada eletrik dialirkan kepada lampu, manakala bila OFF,tiada elektrik dialirkan. Oleh itu ON lampu berlogik 1, dan OFF lampu berlogik 0. ON lampu = menerangi. Oleh itu terang juga, berlogik 1. OFF lampu = gelap. Oleh itu gelap pula berlogik 0.
Jika Islam = 1, maka Islam = terang. Jadi, kerana Islam-lah yang menyebabkan kita berada di jalan yang terang untuk kita nampak perkaitan logik dalam Al Quran.
Maha Hebat Allah!
Orang yang beriman Allah Maha Besar KekuasaanNya (1) berbanding sesuatu makhluk (0), adalah orang yang taat. Dalam logik: (1 > 0) = 1.
Orang yang menyamakan Allah (1) dengan sesuatu makhluk (0) seperti manusia, berhala, etc. adalah orang yang engkar.
Dalam logik: (1 = 0) = 0 - Ini kerana, jika taat = 1, TAK taat = TAK 1 = 0 = engkar.
Kembali balik kepada syurga dan neraka.
Jika syurga = 1, dan neraka = 0, maka taat = syurga. Begitu juga TAK taat = engkar = neraka.
Malaikat adalah makhluk Allah yang taat. Oleh itu malaikat = taat = 1.
Manusia yang taat kepada Allah juga berlogik 1.
Oleh itu, manusia yang taat = malaikat = 1. Malaikat = cahaya = terang = 1.
Manusia yang taat = mendapat cahaya = 1.
Iblis adalah makhluk Allah yang engkar.
Oleh itu iblis = engkar = 0.
Manusia yang engkar kepada Allah juga berlogik 0. Oleh itu, manusia yang engkar = iblis = 0. Iblis = TAK cahaya = gelap = 0.
Manusia yang engkar = TAK bercahaya hatinya = berada dijalan yang gelap = 0.
Taat kepada Allah = merendah diri padaNya = 1. Engkar kepada Allah =
SOMBONG dengan Allah = 0. Oleh kerana Islam = 1.
Maka hendakkan Islam, kita kena taat dengan merendah diri kepada Allah. Jadilah kita golongan yang 1.
Oleh kerana 1 itu wujud, bila kita jadi golongan 1 ini, maka RAHMAT Allah akan dilimpahkan kita, sebab di sisi Allah kita adalah wujud (1).
Manakala kafir = 0. Maka orang kafir adalah orang yang engkar kepada Allah. Jadilah mereka golongan yang 0.
Oleh kerana 0 itu tidak wujud, bila manusia jadi golongan 0 ini, bagaimana RAHMAT Allah akan dilimpahkan, sebab di sisi Allah manusia ini tidak wujud?
Rahmat Allah = 1, azab Allah = 0, kerana ikut logik, Rahmat lebih bernilai dari azab. Oleh kerana Islam = 1, Rahmat = 1, maka dengan mengikut ajaran Islam manusia akan dapat Rahmat.
Oleh kerana Rahmat =1, dan Syurga = 1, maka dengan mendapat Rahmat Allah, manusia akan masuk Syurga.
Oleh kerana kafir = 0, azab = 0, maka dengan menjadi kafir manusia akan mendapat azab. Oleh kerana azab=0, dan neraka=0, maka yang mendapat azab Allah akan dimasukkan ke neraka.
Begitulah Maha Bijaksana Allah meyusun logik dalam kehidupan kita. Kita hanya diberi pilihan yang mudah iaitu logik 1 atau logik 0. Terpulang kepada manusia masing2 nak mempertimbangkannya. Di sini juga penting kita membezakan di antara 2 nilai logik tersebut, di mana logik 1 perlulah lebih bernilai dari logik 0 ( 1> 0). Jika kita tidak mematuhi hukum logik ini, termasuklah kita dalam golongan yang menganggap 1=0 atau 0>1. Inilah golongan yang dimurkai dan golongan yang sesat kerana tidak mematuhi hukum logik.
Maha Hebat Allah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan