Tapi kalau minyak masak habis kat rumah pun, angkara Freemason, itu haram jadah. Hahahaha
Sehingga segala simbol kononnya dikaitkan dengan teori konspirasi. Kenapa? Tengok gambar kat bawah.
| Pengkaji teori konspirasi Malaysia, adakah anda berani claim kubah hijau tu menyerupai scottish rite 33 degree? Kubah hijau itu terletak di atas mimbar Nabi. |
Aku berpendapat kaum Muslimin yang menjinakkan diri mempercayai konspirasi teori sehingga fobia/paranoid dan menjaja kepada ummah adalah satu usaha pembodohan ke atas diri mereka dan kepada ummah.
Jika benar kita begitu prihatin dengan tanda-tanda kiamat, bukankah yang lebih wajar dilakukan ialah menuntut ilmu supaya tidak dapat beribadat (kerja, belajar, solat) dengan menuruti sunnah berbanding takut tidak tentu pasal dengan perancangan kafir?
Itu sebabnya orang Islam hilang jati diri kerana mereka terlalu takut dengan orang kafir sedangkan kita punya hubungan terus denganNya.
Berhati-hati aku setuju namun itu bukanlah agenda utama dan matlamat kita.
Benar, memang wujud konspirasi. Allah cerita dalam Quran, bukan Muiz Nasrallah yang kelentong.
"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya."- Quran (3:54)
Jika mereka benar- benar berkonspirasi, apa tindakan kita? Takut sahaja?
Seperti yang aku katakan, berhati-hati aku setuju, tapi apakah langkah kita dalam berhati-hati itu? Bukankah dengan meningkatkan ilmu supaya takut kita bukan pada mereka tapi pada Allah? Disini kita sudah bergerak dari bersangka-sangka sahaja kepada realiti.
Jika mereka berkonspirasi sekalipun, konspirasi mereka berkisar tentang pemusnahan akidah orang Islam supaya takut pada mereka (bukan pada Allah). Ini adalah agenda utama Iblis dan syaitan (musuh Allah dan manusia). Iblis ini menggunakan manusia, jin dan dajjal untuk mengelirukan manusia, tak tukar bin, binti, agama dalam ic pun takpe asalkan takut manusia dialihkan kepada selain Allah. Jadi kita sudah tahu apa agenda mereka sebenarnya. Masakan kita lupa musuh kita yang sebenar iaitu Iblis.
Sampaikan ada yang menolak Justin Bieber(baguslah), tapi bukan kerana lagu- lagu dia yang lucah(bagi aku lucah), tetapi sebab dia dikatakan Imam Muda Illuminati!
Freemason dan Illuminati ini lebih rendah martabatnya dari Iblis.
Para Freemason dan Illuminati paling tinggi pun usaha mereka ialah membunuh anda. Jika kita berilmu dan menyebarkan pula ilmu, ia sudah cukup menjadi bekalan diakhirat. Mulakan sekarang. Ini adalah langkah paling wajar dalam menentang Freemason dan Illuminati.
Justeru, walaupun Freemason dan Illuminati ini wujud, mereka sudah tahu mereka pasti dan pasti akan kalah (rujuk jaminan Allah diatas). Biasanya orang seperti mereka ini menggunakan taktik bumi hangus. Jika takdapat rosakkan, tapaikan. Jadi kita sudah tahu apa perancangan mereka.
Maka yang terlebih wajar ialah menggerakkan diri kita dari dibelenggu ialah keluar dari ideologi- ideologi ciptaan manusia yang tiada tunjangnya dalam Quran dan Sunnah, rapatkan diri dengan ilmu yang galurnya terus kepada Muhammad S.A.W, amalkan dan sebarkan kepada orang lain.
Ilmu adalah senjata paling kuat dalam merangka perancangan, Iman adalah senjata paling kuat dalam meraih pertolongan Allah dalam melaksanakan perancangan. Bila manusia keluar dari cintakan dunia, tiada satupun yang datang dari dunia (harta, pangkat, hedonisme, seksual, status) mampu menggugat jati diri mereka, justeru melemahkan terus usaha Iblis, Freemason dan Illuminati.
Jika benar takut akan Hari Pembalasan, segeralah bertaubat dan tuntut ilmu supaya hilang takut pada makhluk (manusia, illuminati, freemason, yahudi, dajjal, anjing, kematian) dan menuju takut kepada kemurkaan Allah.
Demi Allah, Islam dibina atas manhaj dan keyakinan, bukan atas ramalan dan sangkaan semata- mata.
Kalaulah benar, Illuminati itu terlalu berkuasa, nescaya Palestin hari ini tidak akan ada masalah. kalau mereka sudah berkuasa, mereka boleh bina Haikal Sulaiman sesuka hati.
Tetapi itu tidak berlaku. Adakah kita hidup dalam dunia khayalan? Ha ha ha
Kesan yang paling ketara sekali, pembodohan sedang berlaku bila teori konspirasi dijadikan syariah-compliance. Sana sini orang sibuk menyeru kembalilah kepada Islam, menggunakan hujah teori konspirasi. Macam mana perkara zhan, syubhat dan penuh syak wasangka dapat dijadikan hujah? Akhirnya, tamadun tersia- sia. Kita tak dapat membina tradisi ilmu.
Pembodohan yang maha nyata kepada mahasiswa.
MEREKA SUDAH BERJAYA ATAS KETAKUTAN KITA
Jadi, mereka yang mencipta teori konspirasi sudah tersenyum gembira sekarang. Aku berhipotesis bahawa ada kemungkinan teori konspirasi merupakan sebahagian dari konspirasi tertinggi. Teori konspirasi seperti sengaja dizahirkn, rumit tapi dibikin supaya menarik, akhirnya orang semua sibuk nak fahm benda ni dan tinggal yang lebih asas dan penting.
Disisi lain, cara/method yang menjayakan teori konspirasi ialah membangkitkan perasaan ingin tahu, menarik minat untuk orang lain menggali lebih dalam dan dipakej dalam bentuk yang lebih menarik dari ilmu yang sepatutnya dikaji(Ilmu Fardhu Ain seperti bahasa Arab).
Jadi rasanya, antara cara untuk mengatasi lambakan teori konspirasi ini ialah untuk memaparkan ilmu yang sepatutnya dikaji dengan lebih menarik seperti ilmu disampaikan dalam bentuk yang lebih santai, menggunakan klip video pendek tapi berterusan, penggunaan muzik sebagai medium penyampaian. Pendek kata 'branding' dan promosi ilmu perlu lebih menarik.
Ini adalah untuk menyediakan mereka objektif ilmu dan bila mereka yang berminat sudah disaring, barulah ilmu yang betul itu disajikan kepada mereka.
Ini kerana, tidak semua orang mampu mencapai tahap intelektual tinggi tapi semua orang mampu menyampaikan kebenaran jika di beri tunjuk ajar yang betul.
UK,Filipina,Itali lepas ni aku dengar Ireland dengan Jerman - anak muda dah mula berdemo menentang pemotongan bajet pendidikan. Malaysia? Pelajar Malaysia sibuk baca teori konspirasi The Arrivals. Kahkahkahkah!
Pelik, kita nak lawan yahudi, tapi kita ambil sumber dari yahudi juga. bukankah Noreaga dan Archernarh yang buat The Arrivals adalah yahudi?
Allah tahu yang terbaik.