Malidur Rasul di Malaysia seperti bulan tak penuh. |
Sama ada anda mahu menyambutnya atau tidak, terpulang kepada kalian. Pendirian aku tetap sama: iaitu sunnah tidak menyuruh kita menganjurkannya dan tidak pula menghalang kita dari menyambutnya. Tetapi sunnah melarang kita bergaduh sesama kita, melarang kita saling mencerca dan menyeru kita supaya saling bekerjasama di atas taqwa. Sambutlah ajaran Rasulullah dengan bermula dari mencabut duri di jalanan sehinggalah kepada jihad fisabilillah.
Tarikh 12 Rabiul Awwal, sebenarnya ulama' khilaf dalam menentukan tarikh sebenar kelahiran Nabi SAW. Kalau ikut pakar sirah mereka menyatakan riwayat yang lebih tepat ialah nabi kita lahir pada 9 Rabiul Awal bukannya 12. Hal ini dijelaskan oleh Maulana Asri dalam ceramah bertajuk Penyelewengan Sirah.
Arab Saudi Adakan Perayaan Maulidur Rasul Sepanjang Tahun
Sepanjang aku tinggal di Arab Saudi, apa yang aku perhatikan setiap hari kerajaan Arab Saudi menyambut Maulidur Rasul. Sounds interesting? Macam mana tu? :)
Antara usaha berterusan yang dilakukan mereka (bukan sekadar bulan Rabiul Awal saja) :
1) Mengadakan pelbagai muktamar tentang sirah dan sunnah.
2) Penubuhan Universiti Islam Madinah, mewujudkan kuliah khas untuk berkhidmat dlm bidang ulum hadith dn fiqh sunnah.
3) Mencetak kitab- kitab kecil tentang Sunnah dan Cinta Rasul dan mengedarkan secara percumaa kepada jemaah- jemaah haji yang datang ke Haramain(Makkah dan Madinah)
4) Mengagungkan sunnah dengan fahaman para sahabat dan salaf as-soleh, mendidik rakyat dgn manhaj yang sahih.(Paling Penting)
5).......
6) ........
(banyak lagi)
Itu adalah usaha sebuah kerajaan, bagaimana dengan usaha kita sebagai individu Muslim?
Caranya dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dan mengikuti ajaran Islam yang sebenar. Kita tidak lalai dengan pengaruh- pengaruh sekular yang merosakkan, kita bersolat jemaah penuh lima waktu sehari semalam, bersedekah dan pelbagai amalan asas lain yang selalu kita lupakan.
اُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ وَالسَّـمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ وَلَّى عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ ، وَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ مِنْ بَعْدِيْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا ، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ مِنْ بَعْدِيْ ، تَمَسَّكُوْابِهَاوَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ ، وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الاُمُوْرِ، فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَـلاَلَةٌ ، وَكُلَّ ضَـلاَلَةٍ فِى النَّارِ.
Maulidur Rasul pada tarikh tertentu bukan bermaksud kita menjadi baik dan soleh pada hari tertentu sahaja, lalu menganggap hari lain sebagai bebas melakukan maksiat dan kemungkaran. Bukan.
Kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar pada tarikh kelahiran baginda sahaja. Kecintaan kepada Rasulullah SAW adalah sepanjang zaman.
Sempena Maulidur Rasul, ramai orang mahu menganjurkan majlis ceramah dan ilmu berkenaan Rasulullah. Bagi aku, semua ajaran Islam ini adalah berkait dengan Rasulullah. Sekalipun anda membuat kelas agama tajwid dan kelas membicarakan persoalan haji dan tauhid atau fiqh taharah dalam hari kelahiran Nabi maka ianya sebenarnya adalah sambutan anda kepada ajaran Rasulullah.
ٱلۡيَوۡمَ يَٮِٕسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَـٰمَ دِينً۬اۚ
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Al Maidah :3)Jangan sempitkan minda kepada sesuatu peristiwa. Islam bukan agama bermusim, bertarikh atau mengikut hari. Buktikan cinta kita dengan memperbaiki amalan ibadah dan menambah ilmu bagi mengetahui ajaran Rasulullah SAW. Ingat, kecintaan sepanjang masa. Nabi SAW diutuskan untuk menyebarkan cinta kepada segenap alam. :)
Semoga tahun ini menjadi turning point kepada kita untuk mengamalkan ajaran Islam dengan lebih gigih lagi.
Selawat!
3 ulasan:
Bismillah. Pernah ditanya ustaz bagaimana jika orang mengatakan mereka membuat sesuatu "ibadah" baru itu, kerana nabi tidak larang. Ustaz kata asas Fiqh di mana asal setiap ibadah itu haram, sehingga ada dalil yang menhalalkannya. Lain dengan perkara harus. Jadi yang menyambut Maulid Rasul dengan alasan menyangka itu sebagai satu ibadah kerana nabi tak larang buat, tidak boleh diterima. Apa pandangan saudara pasal ulasan tersebut?
Saya malas komen ulasan tersebut. :) Saya rasa lebih baik saudara Tanpa Nama rujuk ulama'. Ulama' dah bahas lama dulu dalam kitab- kitab mereka. Saya tawaqquf kepada mereka. Wallahu A'lam.
Catat Ulasan