Ahad, 23 Januari 2011

Fitnah Protokol Yahudi

Kawan Facebook aku, Marwan Bukhari menulis di statusnya:

"Protokol Yahudi hanyalah 'konspirasi'.Tak wujud pun protokol- protokol ni..Kajian Mikhail Lepekhine (sejarahwan Rusia) mendapati,ia antara projek besar gang revolusi Rusia untuk burukkan Yahudi..disokong Nazi dan yg lain- lain. Ini juga hasil pertembungan antara sosialis(Soviet Union) dan kapitalis(United States)
pada satu masa dahulu..Protokol ditulis oleh Mathieu Golovinski dan tersebar luas seluruh dunia.

Ini, salah satu kesimpulan daripada sebuah artikel yg mendidik rasionalisme kritis dalam memberi pandangan, artikel ni ada dalam buku Metafizik dan Kosmopolitanisme, ditulis Pak Khalid.. bab 3.. artikel yang mencabar rasional kita, yang sekian lama menerima idea protokol ini.."

Sejujurnya aku belum baca lagi buku ini. Aku akan baca pada cuti musim panas ini. Kemudian aku bersetuju pula dengan komen Saifuddin Amran :

"Apakah penentangan terhadap Zionis itu sekadar berdasarkan suatu 'anggapan' semata? Perjuangan apakah ini?

"..Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku ...adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa..." (al-Maidah:8)

Protokol Zionis fitnah paling agung sepanjang sejarah kemanusiaan. Layak dibakar saja. Cukuplah al-Quran sebagai panduan kita bersikap terhadap bangsa Yahudi."


Aku cukup tak faham kenapa masih ada yang mencari penyelesaian selain al- Quran dan al- Sunnah. Tak cukup sempurnakah Islam? Atau akal kau yang tak sempurna untuk menerima Islam?

Masih lagi nak terima hujah- hujah yang penuh dengan syak wasangka. Dan menyandarkan pula bahawa : "Inilah Islam!"


Jenayah terhadap ilmu. Entahlah manusia... Tak pernah cukup.

Sebelum ini aku ada tulis juga pasal konspirasi di sini : Konspirasi Muiz Nasrallah

2 ulasan:

-Nur- berkata...

haha.10 protokol yahudi inilah yang diguna pakai oleh 'budak-budak dakwah' dalam tazkirah mereka..

ini freemanson,itu yahudi,ini yahudi dan bla..bla..

entah-entah kalau wujud protokol melayu,kita marah x?

Muiz Nasrallah berkata...

Oh yeke. Kesian sungguh. Budak dakwah mana la tu.. Hmmm..

Islam dah sediakan guideline, dakwah ikut sunnah Nabi kalau nak capai kejayaan tapi takmau ikut. Tak tahulah mereka ini memang jahil atau bodoh sombong.