Negara ini sudah menjadi target para JIHADIST antarabangsa
Nampaknya banyak forum-forum maya antarabangsa sensitif dengan kehadiran Malaysian Army Medical Team di Afghanistan.
1] Printscreen di atas diambil dari salah satu forum maya para jihadist antarabangsa. Timo kasih kepado kawan yang menyampaikan info mengenai forum maya ini.
2] Dalam forum maya tu, agak-agak apo yg diorg bincangkan? Den ingat cukup la korang baco komen pertamo dalam thread tu. Karang ado yg muntah darah kalau baco keseluruhan thread tu.
3] Komen-komen dalam thread tu dipercayai majoritinya orang Arab sobab yg bagitahu member den ni pun orang Arab gak. Orang Arab yg cakap omputih kot.
4] Apo pun korang cubo tengok ayat yg telah den GARISBIRUKAN tu. Malaysia telah menjadi target baru para jihadist antarabangsa!
5] Den adolah orang yg pro keamanan dan anti kpd keganasan tapi ado muslim di luar Malaysia menggunokan metod keganasan bagi mencapai cita-cita murni mereka. Metod ini ditentang oleh ramai Ulama’ terkemuka dunia termasuk Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.
6] Para Jihadist ini tak tahu bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak tahu menahu tentang Army Medical Team yg berado di Afghanistan. Mano kluar dalam paper Utusan dengan TV3 bai. Bilo dalam forum tu cakap Malaysia is a new legitimate target, diorg maksudkan RAKYAT MALAYSIA! Bagi diorg darah kito halal untuk ditumpahkan. Kepalo ayah kau.
7] Sekarang kito patut fikirkan yang terburuk. Kono berfikir dgn serius. Kito taknak diorg datang sini letak bom sana-sini untuk membalas dendam atas kematian rakyat Afghanistan. Kot iye pun apsal rakyat Malaysia yg jadi target. Bukan rakyat Malaysia yg bagi greenlight untuk tentera perubatan kito poie Afghanistan. Bingai boto la diorg ni.
8] Pertamo, den mintak Menteri KDN DS Hishammuddin Tun Hussein amik langkah berjaga-jaga paling maksimum utk memperketatkan langkah keselamatan dalam negara kito.
9] Keduo, PM Najib WAJIB tarik balik tentera kita yg sedang bertugas di Afghanistan dengan SEGERA.
10] Ketigo, para Yb tak kiro PAS, PKR atau UMNO desak PM Najib keluarkan tentera kita dari Afghanistan dengan SEGERA. Bagi kita sebagai individu, bagitahu rakan-rakan anda tentang hal ni supaya diorg dapat ambil tindakan dengan mendesak pihak-pihak berkenaan supaya menarik tentera kita keluar dari Afghanistan.
11] Den nak tanyo korang sekali lagi, Apakejadahnya hantar tentera kita ke Afghanistan untuk membantu tentera Ahzab yg sedang giat membunuh muslim, saudara kita di sana?
5 ulasan:
Ish..bahayo komen demo tu gu..kawe topk menyebelohi mano-mano, tapi tok ke gak untuk nok atar askar gi misi bantuan perubatan ko luar negaro askar keno tanyo demo dulu..pah pulok hok kawe dok baco dan siasat, askar kito gi sano buke nyo nok gi perang..askar kito nok gi buak bendo baik..bukenyo kito nok gi sajo-sajo gu, kerajaan Afghanistan yang mitok negara-negara Isle toong wi bantuan perubatan sebab demo nuh dhoif, tok cukup bantuan perubatan..buke nyo kito nak gi tulong askar Amareka..demo ni songsang doh ni gu..
Demo gi bukok laman web ATM, tengok apo Panglima Tertinggi oya pasal Malaysia hantar tentera ke Afghanistan. Jihadist lebih mengetahui keadaan sebenar di sana berbanding demo.
Sdaraku, jgnlah berfikiran sempit, penghantaran tim perubatan ke afghanistan adalah berlandaskan perikemanusiaan iaitu utk membantu rakyat Afghanistan yang memerlukan. Tim ini memberi bantuan kepada orang tua, wanita mahupon kanak-kanak yang sakit dan memerlukan perhatian dari aspek kesihatan. Bukankah itu tuntutan Islam!!!
Mungkin Sdra cetek pemikiran, tim ini dihantar atas permintaan negara Afghanistan yang melihat bahawa masyarakat disana sukar dan tidak dapat menerima bantuan kesihatan dari orang amerika. Jadi Malaysia menghantar tim yang mengandungi para doktor dan jururawat lelaki dan wanita. Penghantaran ini berdasarkan niat baik dan ingin membantu masyarakat Islam di sana.
Sdra, jangan hanya pandai bercakap.
baca rencana-renca akhbar Utusan yang menyiarkan artikel bertajuk Misi perubatan Malaysia di Afghanistan dll.
Saya mendoakan agar satu hari nanti Sdra menjadi doktor dan dapat berkhidmat dengan tim ini. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa dan pengorbanan tersebut. Tapi kena belajar betul-betul. Jangan berfikiran jumut dan sempit.
bai...lu baik belajar dulu elok2...jangan produce artikel yang xjelas langsung kesahihannya....
bai...lu xbaca paper ke? xtengok tv ke? penghantaran mediacal team ke Afghanistan adalah diatas permintaan bersungguh2 menteri pertahanan Afghanistan bai..bukan Malaysia hantar tim kesana sebab ikut telunjuk obama...
bai..aku rase laa.pengertian 'JIHAD' lu tu pun salah la...baik lu belajar...focus kat study..dapatkan keputusan bagus.itu yang haq..bukan dok melalut...silap2..lu dah sebar berita xbetul pasal niat murni penghantaran medical team kita kesana...dosa bai...
aku malas nk tiaw budak2 baru nk naik, otak dah indoctrinate oleh politik..bercakap dan menulis pon dah x objektif..tulisan lu pon bias gile bai...lu abiskan belajar dulu la bai...jangan sampai lu xabis belajar..pasal kene tangkap sebar pembohongan...lu kene buang belajar (atau xabis)...
lu igt nik aziz nk tolong lu p mesir ke bai? aku dulu time belajar pon mcm lu bai...aku ni MPP lagi..mmg jiwa muda ni nk memberontak...sume nk against..nnt..1day..bile lu dah kerja...lu tau la realiti dan fantasi jihad lu tu bai...
baik lu abiskan studi lu kat USIM tu bai....lambat lg nk abis...kang baru level matrik..dah tersadai...mak bapak lu mesti hangin satu badan bai...
begini la jadinya kalau kita cerdik tak boleh ajar, bodoh sombong tak tanya........so aku cadangkan kau belajar la dulu elok2 k,,,,klau tak tahu detail tak yah buat kenyataan yang membodohkan diri sendiri tau,,,kau masih muda jangan sia2 kan....jadikan pengajaran bukan masuk telinge kiri keluar telinge kanan...orang lain pun nak jadi bloggers juga bro tapi tak yah la ulas isu yang kau sendiri pun tak tahu.....
Catat Ulasan