Jumaat, 18 September 2009

Pertemuan dengan Che Det(pertemuan?)

diambil dari blog Kickdefella
Siapa?

Tun Dr Mahathir la. Takkan tak kenal? Allah, yang di'selipar'kan baru- baru ni tu. Saja nak berhikayat, dia (beliau?) solat tarawih depan saya di Taman Uda. Ada majlis berbuka puasa bersama Che Det dan Shafiee Apdal. Solat Tarawih sekali.

Nampak bergaya juga dengan baju melayu warna ungu(semestinya satu sut penuh- sampin dan songkok) walaupu dah tua.

Tiba- tiba je masjid yang Che Det solat buat lapan rakaat saja. Orang tua tu dah tak larat kot. Hahah...

Habis solat, biasa la mesti ramai yang kerumun nak salam dia(beliau?). Saya buat tak tahu dan terus beredar. Ada kawan tanya, kau tak borak ke dengan dia?

Setakat Che Det saya tak hairan la. Setakat salam dia, baik salam ustaz sekolah saya lagi banyak berkat. Hahah.

Hangpa nak salam sampai luruh isi tangan dia pun salamlah. Saya tak nak kompromi dengan manusia yang tangannya mengalir darah pejuang- pejuang Islam. Saya tak nak juga bersubahat dengan manusia yang pernah mengatakan hukum Islam tidak adil.

Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Che Det kemudiannya berkata :

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."
Kenapa saya kata dia manusia yang tangannya mengalir darah pejuang- pejuang Islam? Cakap saya bukan sembrono.

Golongan muda ramai tak tahu- menahu tentang Tragedi Memali. Lebih teruk lagi tak langsung cuba nak ambil tahu.

(sila klik!)
Kisah Sebenar Memali Siri 1
Kisah Sebenar Memali Siri 2
Kisah Sebenar Memali Siri 3
Kisah Sebenar Memali Siri 4
Kisah Sebenar Memali Siri 5
Kisah Sebenar Memali Siri 6
Kisah Sebenar Memali Siri 7
Kisah Sebenar Memali Siri 8

3 ulasan:

ﺷﻬﻤﻲ @ iBnU SuRaiNi berkata...

Berapa ramai sangat yg tau~
In fact, ramai yg x penah dengar pon tragedi Memali tuh~
teringat masa Sir Irwan citer pasal Memali tu~

Selamat menyambut Aidil Fitri~

Muiz Nasrallah berkata...

ya bro syahmi, masa sir irwan certita tu saya seorang je student form 3 yang ada di situ...

[tapi sir irwan tu anti-anwar, hahah]

FaJim berkata...

anti-anwar tak apa lagi. jangan anti Islam. lagi2, hukum Islam.

p/s: blog yg menarik.