Ada waktu, kita terpaksa menaruh harapan untuk tidak percaya lagi dengan harapan- harapan yang ada.
Isnin, 24 Ogos 2009
Ketupat Shiah?
Sewaktu menghadapi peperiksaan percubaan SBP, saya meminjam novel Ketupat Cinta dari kawan saya, Basil Hazman. Sebenarnya novel tersebut sudah lama saya lihat di kedai buku tetapi yalah, sekadar lihat- lihat dan berlalu pergi. Satu sebabnya saya tak berminat untuk membelinya kerana waktu itu sudah ada label baru untuk karya- karya Faisal Tehrani, "shiah". Walaupun sebelum ini saya adalah pembaca tetap tulisan FT.
Saya anggap rugi untuk membeli karya FT kerana label yang saya dengar dari mulut orang, lalu saya pinjam.
Penceritaannya berkisar mengenai ilmu gastronomi Melayu- Islam. Sebuah karya satira mengenai politik dapur, sarat humor, dan kontroversi. Ah, kalian bacalah sendiri!
Setelah saya habis membaca novel tersebut, saya mula menyedari suatu perkara.
Memulakan sesuatu dengan sentimen dan bad perception tentang sesuatu adalah menyulitkan.
Sebagai seorang yang berdiri dalam pentas intelektual, seharusnya saya membuka fikiran saya dalam sesuatu pengkajian ilmiah. Bersikap berlapang dada(tasammuh) sewaktu menerima sesuatu fakta adalah prinsip beragama.
Saya pernah sebut sebelum ini mengenai 'membuang prinsip' sebentar dalam artikel lepas mengenai perkara maslahah dakwah. Maksudnya, pinggirkan seketika apa yang boleh dikatakan bersifat kepentingan peribadi atau entiti tertentu. Meminjam kata- kata FT, perlu pada suatu ketika untuk kita meliberalisasikan diri, atau lebih tepat, 'liberal dalam lingkungan'.
Dengan segenggam jiwa da'ie, adalah wajib bagi kita untuk memikirkan apakah cara terbaik bagi kita untuk berinteraksi dengan masyarakat. Bukannya dengan mengkritik, meletak label, menuduh orang itu bid'ah dan sebagainya. Kita sudah hilang adab sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh para salafus soleh.
Memang benar, dalam Ketupat Cinta fokus utama adalah pencerahan agama adalah mengenai sikap kita terhadap ahlul bait. Sampaikan lima jenis rempah yang diguna dalam laksa pun menyuruh kita mengingat kembali kepada ahlul bait. Unsur Syiah Rafidhah yang mengkhususkan lima peribadi iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain memang ada.
Begitu juga peritiwa Parameswara yang makan asam pedas yang dimasak gerau istana, telah dibubuh sehelai janggut seorang ulama lalu kerana perkara tersebut Parameswara bermimpi aneh, mengajaknya kepada Islam dan melihat bulan tertulis lafaz syahadah.
Iman, di dalam makna Sunni memang digunakan dalam banyak konteks, tetapi di dalam Shiah mereka menggunakannya hingga melampaui konteks yang esoterik dan mistik. Kerana itu, mazhab Shiah lebih dekat dengan peristiwa-peritiwa eskatologi berbanding dengan Sunni.
Tetapi, andai ideologi yang dibawa FT dalam karyanya adalah salah maka ia harus dibalas dengan ideologi yang betul. Hujah perlu dilawan dengan hujah bukannya emosi! Kritikal dalam befikir akan memberi keuntungan kepada umat Islam.
Pegangan tauhid dalam masyarakat semakin longgar, tetapi kita tidak berupaya untuk membanteras ajaran- ajaran sesat yang makin leluasa.
Berbalik kepada isu asal, ini adalah masalah persepsi. Kita bisa menuduh FT syiah, tetapi adakah kita sedar bahawa indusri seni sedang kontang dengan karya Islami? Saya sendiri sebagai seorang yang berada di lapangan yang lain berlapang dada dalam memahami uslub untuk dakwah dan islah.
Pandanglah karya beliau dari sudut seni dan dakwah, bukannya pertentangan fahaman dalam perkara ranting!
Ghadir Kumm
Saya mengikuti perkembangan blog FT, gayanya Ft kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mengharamkan teater Kopitiam Ghadir.
Saya tak berpeluang menonton teater tersebut, kerana masa sebagai pelajar SBP adalah sangat terhad. Hampir seluruh tahun dihabiskan di sekolah. Kalau Bro FT baca blog saya, saya harap FT dapat menjual cerita tersebut dalam bentuk cakera padat secara online.
Sebagaimana Ketupat Cinta Musim Pertama, Kopitiam Ghadir juga melibatkan masalah persepsi. Anda boleh baca sendiri di blog beliau.
Masyarakat, berubahlah!
Labels:
Ad- deen,
Ilmu,
Indahnya Bahasa,
Melayu Bengap,
Shiah,
Siasah,
titian hidup,
Ulasan Buku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Sangat setuju.=) Oh ya, ini linknya
http://krj-selangor.blogspot.com/2009/04/daftar-ahli-krj-selangor.html
assalamu 'alaikum
apakah anda memang anti syiah?
apakah anda telah biasa mendengar/membaca sebuah hadits Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
"UMATKU AKAN BERPECAH KEPADA 73 GOLONGAN, SEMUANYA MASUK NERAKA, MELAINKAN SATU GOLONGAN SAHAJA"?
saya rasa anda pernah mendengarnya sebab hadits tersebut sangat popular dikalangan semua madzhab Islam, sunni atau syi'i.
bertanyalah kepada diri sendiri, apakah benar sunni yang sebenarnya golongan yang satu itu? atau ada golongan lain yang sebenarnya dimaksudkan oleh Rasullah golongan yang satu itu yang akan masuk syurga? Islam kita hanya menurut agama ibubapa kita sahaja, bukan dengan penkajian kita sendiri. bagaimana agaknya kalau kita dilahirkan oleh ibubapa yang beragama hindu? atau buddha? atau keristian? atau yahudi? atau tanpa agama? apakah kita akan mengatakan islam itu betu dan berada dijalan yang benar? anda dilahirkan oleh ibubapa yang sunni, sebab itu anda mengatakan sunni benar tanpa membandingkan madzhab lain yang anda katakan sesat. benarkah mereka sesat? bagaimana kalau sebenarnya kita lah yang sesat? salah? ingat .....73 golongan hanya satu masuk syurga.......yang mana satu.
mengaji, mengkaji, membanding dan berfikir.....siapa yang sebenarnya golongan yang satu pilihan Rasulullah itu. anda masih muda masih jauh perjalanan mencari kebenaran. jangan taksub dengan madzhab sendiri, tengok al Quran dan hadits. saya tak boleh nak tulis panjang panjang, belajarlah dari sumber asli madzhab tesebut atau agama tersebut. kalau nak tau keristian salah atau betul, pelajari kitab mereka sendiri. kalau nak pelajari madzhab syiah, belajar dari kitab mereka sendiri, bukan dari kitab yang ditulis oleh orang yang menentan mereka. pelajarilah perbandingan madzhab madzhab. kalau dalam 4 madzhab yang diakui sunnah pun bertelingkah, dimana benarnya......cari, carilah kebenaran. jangan terus menkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah.
wassalam
bila lah masa pula saya mengkafirkan puak shiah?
nampaknya ulatbuku.com tak faham apa yang saya tulis.
saya maksudkan: terbuka dalam masalah mazhab.
tapi anda telah menyempitkan dengan menyempitkan mazhab dengan mempertahankan mazhab shiah anda.
kami dalam mazhab yang empat bukan bertelingkah tetapi berbeza pendapat yakni khilaf. tetapi harus diingat tetap berdasarkan dalil yang sama yakni al- quran dan as- sunnah cuma berbeda tafsiran mengikut imam masing- masing.
beza pula antara sunnah dan syiah, melibatkan perkara aqidah.
kami dalam ahlus sunnah mencintai ahlul bait dalam masa yang sama tetap mencintai sahabat.
berbeza dengan puak shiah yang mengkafirkan sahabat.
hadis ni apa?
Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245)
siapa yang mengkafirkan siapa? sahabat sangat mulia kedudukannya di sisi Rasulullah
Keadilan dan kedudukan sahabat yang tinggi adalah jelas berdasarkan al-Quran.sedangkan dalam ahlus sunnah kami berpegang kepada dalil ini: Antaranya: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”.(at-Taubah 100). Mengingkari yang sahabat adalah adil bererti mengingkari al-Quran.
hadis palsu itu yang saya petik dari kitab yang ditulis ulama' Shiah.tak timbul mak bapak saya sunni ke, hindu atau sebagainya.
Catat Ulasan