“kenapa kalo sembang pasal politik dunia boleh sedangkan politik malaysia tidak?,” tanya saya di dalam sebuah forum.
“kerana politik Malaysia ditahap kronik sehingga boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.
malahan dalam kebanyakan board, politik dianggap suatu benda sensitif dan tidak patut dibicarakan di khalayak.
kita nak jaga hubungan baik sesama forumer, bukan menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati.
nak berpolitik sangat sila tulis blog, you tak suka you keluar,.” jawab seorang Admin
“plis.
ak ingtkn skali lgy atau warning level korg akn dinaikkan.
no more political issue!
jgn dok maki mana2 parti
ogayh?
ak xkire lpas ni ak nmpk lgy
mmg ak naekkn trus
sbb byk sgt isu politik kt sni
or spt ape yg akeem ckp
err bashing thread (kejadah tah ak xpaham),” kata seorang Global Moderator
“plz,
xde borak2 politik lgy
suspend kang!,” Global Moderator memberi peringatan.
‘Ayat- ayat’ peringatan ni saya dapat dari salah seorang Global Mod dan sa;ah seorang Admin Malakat92.com: Bersama Selamanya. Warning meter saya juga dinaikkan kepada 10%. Kalau bukan kerana ayat-ayat ini mungkin saya masih lagi ‘tiada masa’ nak update blog saya. Sebab tu dah lama tak update blog walaupun banyak perkara menarik berlaku sekitar saya. Mungkin juga dah tambah bersawang dan berhabuk laman sesawang ni. Tapi saya gagahkan juga, mencari- cari masa yang ada. Perkara yang bakal saya huraikan ni saya dah pernah huraikan di Musolla Jannatul Naim di bumi SBPI Kubang Pasu yang tercinta. Apabila sahabatku, Basil Hazman ‘diserang’ oleh sekumpulan kecil pelajar Form 5 yang benci ketika Basil selalu membuat pengumuman berkaitan isu semasa setiap malam melalui speaker Dewan Makan sebelum tidur. Pelajar- pelajar SBPI Kubang Pasu harap lebih jelas perkara ini.
Apapun, sebelum anda semua membaca dengan lebih lanjut, saya tegaskan di sini ayat- ayat seterusnya bukan nak meng’attack’ ataupun menghentam atau apa sahaja sewaktu dengannya.
Maksud firman Allah: Apakah (orang-orang kafir itu sama dengan) orang-orang yang ada mempunyai bukti yang nyata (Al Quran) dari Tuhannya, dan diikuti pula oleh seorang saksi (Muhammad) dari Allah dan sebelum Al Quran itu telah ada Kitab Musa yang menjadi pedoman dan rahmat? Mereka itu beriman kepada AlQuran. Dan barangsiapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir kepada AlQuran, maka nerakalah tempat yang diancamkan baginya, kerana itu janganlah kamu ragu-ragu terhadap AlQuran itu. Sesungguhnya (AlQuran) itu benar-benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman. (Huud:17)
Saya bukan ahli politik kerana saya seorang pelajar. Kalau saya seorang ahli politik, saya seorang yang berkempen di pentas politik, turun menghadap FRU dalam demonstrasi dan sebagainya. Mungkin juga dah merasa betapa peritnya ISA dalam saat- saat sebegini.
Aku bukan ahli politik.
Tetapi ini tidak bermaksud saya buta politik dan tidak boleh mengambil tahu pasal poltik. Saya tidak terlalu bodoh untuk memisahkan agama dari kehidupan saya. Kenapa saya berkata sedemikian? Pernah dengar pesanan Imam Hasan al- Banna? As- Syahid ini pernah berwasiat: ‘Tidak ada kebaikan bagi agama yang tiada politik di dalamnya dan tidak ada kebaikan bagi politik yang tiada agama di dalamnya. Saya bukanlah seorang peminat Imam Khomeini tapi ada kata- katanya yang patut di beri perhatian. . Beliau pernah menyebut, “orang yang memisahkan politik dari agama, dia itu tidak faham apa itu agama, dan apa itu politik”.
Jahil terhadap kedua- duanya.
Apabila saya berbual atau menulis tentang politik, saya maksudkan ia sebagai disiplin mengatur kehidupan manusia. Tentang peraturan hablun minannaas yang merupakan separuh kedua agama kita. Mahu tidak mahu, kita tetap merupakan sebahagian dari politik. Sama ada kita berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politik akibat buta politik. Atau sengaja memejamkan mata terhadapnya. Percaya atau tidak kepada saya, kalau tidak ada politik maka matilah kita. Kalau hidup pun bagai jasad tiada roh.
Soal keterlibatan seseorang dengan perlakuan politik, itu soal kedua. Maksud perlakuan politik di sini ialah berkempen, berdemonstrasi dan sebaginya. Apatah lagi jika kita seorang pelajar. Biar pun undang-undang negara telah mewartakan anda pada usia begitu sebagai seorang yang layak mengundi, anda ada peraturan-peraturan universiti yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Maka soal keterlibatan pelajar dengan politik, saya serahkan kepada anda untuk membuat percaturan mengenainya.
Sekalipun kita tidak terlibat dengan politik, ini tidak bermaksud kita tak perlu ambil tahu pasal politik. Ini bukan isu parti mana yang anda sokong! Ikut suka kalian sama ada nak sokong parti apapun. Parti kepala kerbau ke parti cap roket ke atau sebagainya. Memang benar ramai antara kita merasa meluat terhadap kebanyakan parti politik . Penyokong Parti Bulan Mengambang akan meluat kepada dasar Parti Orang Melayu dan begitulah sebaliknya. Buangkan jauh- jauh perasaan itu kerana isu yang mereka bawa itu berkaitan dengan kehidupan kita.
Jika isu PPSMI, kepincangan sosial, kenaikan harga barang, rasuah, nepotisme, kronisme… kita kaitkan dengan parti politik tertentu, jika parti politik itu mati sekali pun, isu-isu berkenaan tetap merupakan masalah kita, masyarakat kita. Parti politik adalah kenderaan dan wadah untuk memperkata dan memperjuangkan isu-isu tersebut, tetapi tanpa parti politik sekali pun, isu berkenaan tetap wujud di depan mata.
Maka Islam mempersoalkan peranan kita terhadapnya. Ada istilah amar makruf, ada istilah nahi munkar. Bagaimanakah anda melaksanakan dua tanggungjawab ini, terhadap isu-isu yang saya sebutkan tadi.
Jika kita alah dengan parti politik, ia bukan alasan untuk kita buat tidak peduli kepada masalah yang membelenggu kehidupan kita dan masyarakat. Biar pun hadith , “barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam maka dia itu bukan dari kalangan mereka” itu dihukum sebagai hadith yang sangat lemah oleh al-Albani, apakah ini juga bermaksud saranan Islam agar seorang Muslim menjaga kebajikan saudara Muslimnya yang lain juga lemah?
Pernahkah Nabi SAW sambil lewa terhadap apa yang berlaku kepada sahabat, juga komuniti non-Muslim di sekitarnya? Apakah ada orang yang tertindas, ditekan dan dizalimi, dan Nabi SAW tidak peduli kepada nasib mereka?
Renung sahaja amaran Allah SWT:
“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. maka kecelakaan besar bagi ahli sembahyang (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri terhadap amalannya), dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)” (Al-Ma’un 107 : 1-7)
Pendusta agama yang diperincikan oleh Allah karakter mereka adalah golongan yang tidak melaksanakan tanggungjawab sosial, sebelum Allah menyebut kecacatan ibadahnya. Di peringkat massa, kebajikan anak yatim, membela kaum fakir miskin, adalah persoalan-persoalan yang membabitkan banyak aspek. Bagi kita sebagai rakyat, ia boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. NGO dan badan-badan kebajikan boleh berperanan dalam membantu hal ini. Betapa pentingnya hal ini sehingga Allah meletakkan kedudukan hablun minannaas dalam surah ini sahaja mendahului kewajipan menyempurnakan solat. Tetapi tiada maknanya juga jika sibuk membantu manusia sehingga solat disia- siakan.
Tetapi bagi sebuah negara, ia bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyatnya terjaga. Polisi-polisi harus memberikan keadilan dan kesejahteraan hidup kepada masyarakat. Semua ini bersangkutan dengan politik kerana politik itulah medan urusan ini ditadbir dan dijaga.
Apakah kita bisa membiarkan diri menjadi pendusta agama dengan tidak mempedulikan tanggungjawab ini?
PENDIRIAN JIWAMELAYU TENTANG POLITIK
Soal jiwamelayu memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi wacana saya di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, saya juga mahu kita peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan.
Allah mengutuskan setiap nabi dan rasul kepada umat, bukan hanya untuk mengajak manusia kepada mengabdikan diri kepada-Nya, tetapi juga menjauhkan manusia dari saingan Allah. Al-Quran mengistilahkan saingan ini sebagai taghut, iaitu pelampau yang melampaui batas-batas Allah. Ia mungkin manusia, mungkin sistem. Lantas tanggungjawab amar makruf dan nahi munkar, menuntut kita untuk bukan sahaja cintakan kebaikan, tetapi juga mengambil bahagian dalam bertindak mengatasi kebatilan.
Tidak semestinya dengan membabitkan diri sebagai aktivis politik. Tetapi mustahil kita boleh berperanan jika kita buta politik atau jahil mengenainya.
BELAJAR TIDAK SEMESTINYA TERLIBAT
Oleh itu, saya ingin mengajak kita semua, pelajar dan pekerja, geng- geng Malakat92.com, Salaf dan Khalaf, ahli PAS mahu pun JIM, ABIM dan Tabligh, agar sama-sama peka dengan politik. Memperkatakan tentang politik, jangan sempitkan kepada isu partisan semata. Ia terlalu luas dan murni sebagai satu cabang kehidupan dan disiplin pengetahuan.
Apa erti saya menganut Islam?
Salah satunya ialah, peduli terhadap nasib umat Islam, pada makruf dan pada mungkarnya.
KHATIMUL
Cuma sedikit yang saya kesalkan apabila ada posting yang menyokong parti pemerintah moderator biarkan begitu sahaja. Tidak pula warning meter dinaikkan. Bukan saya minta warning meter saya diturunkan bahkan biarkan ia di situ kerana ia bakal menjadi bukti perjuangan saya. Saya bangga dengan itu. Memang ada amaran mengenai perbincangan politik dalam thread itu.
Action: Political and Religious Topic, discussions are welcomed in Current Issues forum. But do not spread political propaganda or religious hatred in any of Malakat92.com forums. Obey the sub-forum rules as they are enforced very strictly.
Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah kutuk mana- mana parti dalam Malakat92.com. Mengapa kebanyakan post saya di'delete'? Kepada sesiapa yang pernah delete posting saya, tunjukkan bukti saya pernah mengutuk UMNO dan menyebarkan fitnah mahupun propaganda terhadap parti ini!
Tetapi saya seorang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya bukan seorang yang gentar dengan ancaman manusia. Kepada pejuang- pejuang yang berada atas jalan yang sama dengan saya, renunglah balik lembaran- lembaran perjuangan tokoh- tokoh terdahulu yang bukannya mudah. Hayatilah perjuangan Imam Hambali, As- Syahid Imam Hasan al- Banna, As- Syahid Syed Qutb, Imam Abdul Hamid Kisyk dan Nabi S.A.W. sendiri serta ramai lagi tokoh- tokoh yang tidak takut dengan ancaman pemerintah yang zalim.
Berjuang itu pahit, kerana syurga itu manis. Sungguh, walaupun kebenaran itu memang pahit untuk ditelan.
11 ulasan:
sabar je la geng~
kekadang bukan sume yg kite buat tu org boleh trime~
ak pon pernah kene mcm ko ar
walaupun x seganas nih
rilek je la yekk~
allah bersama2 orang yg sabar~
alhamdulillah~~~
aku masih bersabar.
kalau tak aku tak bukak malakat dah
neway, terima kasih kepada faridah hanim.
Assalamualaikum...
Alhamdulillah..hg masih bersabar
Jangan la sebab post hg kena delete tak mau pi dah Malakat.
Manusia yang buat peraturan. Ya, kita boleh ubah kalau kita nak. Apa salahnya kita ikut peraturan kalau mendatangkan kebaikan. Namun begitu tak semestinya kita perlu terikat dengan peraturan demi menegakkan kebenaran.
Tapi kat Malakat tu..aku harap hg paham. Memang post hg berunsur politik. So, mod buat kerja la.
Sebabnya mungkin ada yang tak puas hati ngan post hg. Mungkin belum tiba masa untuk mereka terima hal2 politik. Aku sendiri pernah mengalaminya. Aku harap hg pun paham..
Pesanan khas buat jiwamelayu
Teruskan perjuangan!
Tegakkan kebenaran!
"Berjuang itu pahit kerana syurga itu manis" ^_^
Assalamualaikum...
Dato' Utama Mahdi Hassan dalam teks Saasatul Ibaad kepada Bendahara Abdul Jalil ada menulis...
"Jika dipisahkan Islam dengan siasah ibarat memisahkan jantung dengan jasad...matilah ia"
Syukran jaziilan ya akh,
Teruskan Perjuangan! TAKBIR!!!
assalamualaikum teman...aku salute same kamu..igt aku lg? hehe...
teruskn berjuang kawanku..but pesanan aku..
jangan kerana politik hancur persaudaraan..
assalamualaikum~
Terkedu aku membaca post di blog ni. sesungguhnya aku terpesona dgn ayat2 ko. Disertakan dgn dalil.Alhamdulillah.
mungkin mereka di m92 masih xmahu menerima politik di forum tu.
mungkin setelah kita semua layak mengundi baru ade satu section utk berpolitik.
kebanyakan drpd mereka masih mentah utk memahami dn mengikuti isu dan dunia politik.xde rs utk minat lagi.rase ini akan timbul bila umur dh layang kang..
papepun..aku tabik ko. ko mmg tetap pendirian! Allahuakbar
satu lagi.tolong benarkan semua org utk komen.aku xguna blogspot ataupun open id. aku ade url sendiri.
http://elafyf.com/
Assalamualaikum Muiz..
tak terkate bace post hg kali ni..
adeih.. btul gak kate kawan2 yang lain..
sebenarnye, ak pon x bape suke politik ni.. tapi bukan x ambil tahu langsung..
cuma malas ntuk membicarakan isu politik.. sebab ak x bape arif..
ayat2 ko, pendapat ko, firman2 Allah tu sume akhirnye buatkan ak rasew nak tahu lagi isu2 politik nie.. hue.. pentingnye politik dalam islam.. x taw lak sblum ni..
anyway..
alhamdulillah, ak ske post ko ni..
and, teruskan usaha ko..
semoga Allah memberkati setiap pekerjaan yang ko lakukan..
setiap perkara yg berlaku tu pasti ada hikmahnya..
;)
alhamdulillah... ramai yang memahami
@sss
walaikumussalam..
ya betul kata2 hang...
teringat aku akan kisah luqman al-hakim dan anaknya yang menunngang keldai.
@hazman baharom
Waaaalaikumussalam
akhirnya hang memang amik ayat dalam saasatul ibaad gak kan?
wa' alaika ya akh, semoga tak tersasar dari sof kita. TAKBIR!!!
@anaz_stetic
Waalaikumussalam teman...
mest la aku ingat lag hang
persaudaraan akan hancur krn politik jika taksub kepada politik partisan. itu saja.
@el Magnifico
alhamdulillah, semoga ALLAH terus tetapkan pendirian kita.
[aku dah setting utk sesapa je comment]
@TidakPerluTahu
Waalaikumussalam Ain...
Insya ALLAH, semoga kita terus berupaya menggali hikmahnya
Mabruk!!
Rijal camni la yg kita mau...
Bersabarlah, Innallah ma'as sobiriin...
Ana pon pernah bergaduh jugak dalam forum...
tapi bukan sebab pendirian politik...
more towards Liberalism & tuduhan Konservatif...
Pesanan ana,
tetapkan pendirian enta...
mawar itu x kekal indah tanpa durinya, menghalang tangan2 rakus merosakkan kelopaknya...
good things always comes with a high price!
el-magnifico said:
"kebanyakan drpd mereka masih mentah utk memahami dn mengikuti isu dan dunia politik.xde rs utk minat lagi."
aku setuju!
sebab tiap2 hari disajikan dengan propaganda media, menyebabkan kita jadi benci pada politik...
btw...
aku kagum dengan ko...
@ibnu suraini
na'am ya ibnu suraini, la' tkhaf wa la' tahzan. Inna ALLAH ma'ana!
indahnya bahasa- bahasa mu, menenangkan hati yang duka lara.
lepas SPM amik kursus pemuisi ke? heheh... JK
@tsaqif
segala pujian dikembalikan kepada ALLAH. ALLAH memberi kelebihan, terserah kepada manusia utk manfaatkannya.
Catat Ulasan