Rabu, 8 Oktober 2008

Anwar vs Pak Lah

Awwalul kalam assalamualaikum w.b.t.

Salam Aidilfitri. Kulu sanah wa antum bi khair.

ANWAR KHURAFAT?


Tersentak bila baca blog FT. Cukup menghiris perasaan gaya tulisannya. Bila harakah cetak tanya adakah ft benci Anwar, dia respon,"saya tak ada apa-apa masalah dengan Anwar". Baik sedekah kat Palestin katanya. Ada cadangan untuk FT. FT apa kata buat teater khas utk kutip dana Palestin? Buku cerita ke..

Aku bukan seorang yang taksub dengan susuk tubuh manusia bernama Anwar.

Memang benar replika yang bernilai RM5000 tu boleh dianggap satu pembaziran. BTW, replika tu bukan Anwar yang suruh buat pun. Anak- anak buah Anwar yang patut di'hukum'. Kalau Anwar tak tegur dia subahat sekali la. Ia mesti diturunkan TAPI…. bukan replika Anwar saja..ia menjadi hangat kerana ia replika “Anwar”..kita juga pernah lihat gambar besar Dolah dan Najib di Bangunan DBKL (besar betul..macam Tok Pekong), kita biasa tengok gambar besar Maya Karin selaku model syarikat telekomunikasi atau Mawi dengan mee segeranya, juga iklan Fara Fauzana dengan nescafe..gambar di billboard ni cukup besar..tiada kecoh isu penyembahan kerana mereka bukan ANWAR..tapi ia tetap salah!! hampeh~

Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka pun satu hal jugak. Bising kat Anwar kata benda ni tak baik la apa la. Siap kutuk Pas bersekongkol dengan Anwar lagi. Tapi kalau hang pi Melaka hang tau la sapa yang didewa- dewakan. Billboard kat Melaka yang paparkan gambar Ali Rustam berlambak- lambak dan besar- besar pulak(kalah Anwar dengan Ali Rustam). Apasal time Pak Lah kalungkan bunga kat tugu negara kau tak bising pun? SYIRIK kau tau tak??? Kalau pihak kami hangpa kata kami nak tunjuk pandai agama la bla bla bla.

Datuk seri.., BN tu dah tak betul. Takkan kami nak sokong kerajaan baru yang lebih kurang sama?

AKHIRNYA PAK LAH TURUN JUA
Perkara yang dah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas. Datuk Najib akan ganti Pak Lah menjelang Mac akan datang. Agaknya nak bagi cukup setahun kekalahan dan ke'malu'an PRU 12 kot?
Segala keputusan muktamad. Demi mengelak perpecahan katanya.

Pak Lah juga mengaku beliau 'membuat tidak cukup baik' untuk pilihanraya lalu. Lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat:- Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan kekalkan kedudukan di Kelantan. Pak Lah, beliau akan melaksanakan tiga inisiatif sebelum menyerahkan tugas kepada penggantinya.

Tiga inisiatif itu ialah penubuhan suruhanjaya pelantikan kehakiman, suruhan pencegahan rasuah Malaysia, suruhanjaya aduan khas bagi mengukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.


Ketika mengambil alih kuasa, Pak Lah mendapat sokongan besar selepas berjanji untuk melaksanakan pembaharuan termasuk menghapuskan rasuah. Bagaimanapun, Pak Lah kemudiannya dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah selepas gagal menangani isu rasuah (nombor 47 dunia, lebih teruk dari Singapura dan Nigeria) dan kadar jenayah yang tinggi, sepertimana yang dijanjikannya dalam manifesto pilihanraya BN pada 2004. Pak lah bukannya orang yang betul- betul layak untuk jawatan PM. Beliau cuma 'accidental minister'. Beliau naik ketika rakyat meluat dengan Tun Dr M. Rakyat ingat dia 'Mr Clean'. Atas sebab itu rakyat percaya beliau dapat membuat perubahan untuk Malaysia. Tapi, hampeh...

Neway, tahniah PM Malaysia yang memegang jawatan paling singkat(lima tahun lima bulan) kerana berani bertindak seperti anak jantan.

TAPI aku risau bila 'pembunuh Altantuya' bakal jadi PM. Apa agaknya nasib Malaysia lepas ni???

KHATIMUL
Dalam bulan Syawal ni harap- harap kita boleh teruskan amalan- amalan yang kita dah buat dalam bulan Ramadan. Jangan tinggal macam tu je. Betul la orang kata, sebilangan umat Islam hari ni 'simpan ALLAH time solat dan puasa' sebab kita tak menghayati roh Ramadan dan solat itu sendri. Lepas solat buat perkara maksiat balik.
Rajin- rajinkanlah diri buat puasa enam.

Rasulullah saw bersabda: 'Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.' (Sahih Muslim ) -

2 ulasan:

Alia berkata...

tak salah aku biasa tengok replika beliau, tu kat selangor bukan?

lawak memikirkan ada pendatang asing yang berdiri berhampiran replika dan tangkap gambar sama2. heh

Tanpa Nama berkata...

saya hanay nak ckp
Monsieur dan Mademoiselle mostly untuk orang 20tahun keatas
dan selalunya untuk yang dah bertunang,berkahwin dan seterusnya
that's all
i knew it doesn't relate to any of your posts,
but it meant a lot if you change them.
dalam kamus,ia memang bermaksud cik,encik tapi bukan sebenarnya.
u have to get into their communication.

terima kasih.