Salaam alaik ila sahabati,
agak lama jugak la aku tak update blog aku ni, sejak balik asrama(ataupun ditafsirkan sbg penjara oleh sesetengah kawan2 aku). hahaha.
aku tetap pilih aliran sains agama walaupun cikgu dok kalut phsycho kata bahasa arab tinggi susah la, apa la. oleh sebab itu, aku pun masuk kelas 4 Ikhlas.... nama kelas yang sama sejak dr form 1 sampe la form 4. lalalala~ apa yang best taun ni pasal cikgu bahasa arab tinggi aku yang best habih: Ustaz Suhaimi Abdul Ghani. walaupun dia rajin dok buat lawak dan menyebabkan orang lain ketawa tetapi apa yang aku dok musykilkan sampe hari ni: buat lawak dia tak pernah la lagi gelak.
whateverlah, aku tengah dok tolong editor buletin Minggu Silaturrahim Pelajar Form 1 (MSR), basil hazman merangkap prof kanji siapkan artikel.
kekadang waktu tengah dok tengok2, pelajar2 form 1 dok buat aktiviti teringat aku masa form 1 dulu. comel je. hehehehe... sekarang dah besar dah. cepatnya masa berlalu.
sebelum nak cerita pasal buletin, aku nak cerita sket pasal aktiviti MSR. antara salah satu aktiviti selama depa dah 4 hari kat sini, ialah salah satu game yang paling terkenal kat Malaysia: "explorace kidz" tapi belum ada lagi kat tv. mereka dikehendaki mencari checkpoint yang telah ditetapkan oleh para fasilitator.
Dah la penat nak cari checkpoint tu, bila dah jumpa kena dapatkan 'klu' seterusnya pulak. kesian adik-adik kita ni tapi nak buat mcmana, untuk bentuk sahsiah adik2 jugak! Dalam checkpoint ni, banyak denda yang dikenakan. contohnya makan telur mentah campur dengan bawang putih, keropok ikan (import dr koperasi sekolah) dan roti kacang (koperasi gak). pergh... rasanya Masya ALLAH! tapi rasanya depa belum mati lagi. Alhamdulillah la.
masuk bab buletin plak.apa yang aku kena buat kisah nabi syu'aib dan hikmah makanan dalam Islam. aku nak kongsi la sket dengan hangpa semua pasal ni.
Kebanyakan manusia zaman kita beranggapan bahawa agama hanya merupakan program-program yang kosong dan nilai-nilai akhlak semata. Ini adalah keyakinan klasik dan salah (sekular). Pada hakikatnya, agama dan kehidupan mustahil dipisahkan kerana ia saling berkait rapat satu sama lain.
Kisah Nabi Syu'aib menampakkan hal yang demikian secara jelas.
Allah SWT mengutus Syu'aib pada penduduk Madyan:
"Dan kepada (penduduk) Madyan (kami utus) saudara mereka, Syu 'aib. Ia berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia.'" (QS. Hud: 84)
Apabila Nabi Syu’aib sudah mengajarkan asas akidah, baginda beralih kepada soal muamalah pula. Salah satu sifat buruk kaum Madyan ini ialah mereka mengurangi timbangan dan mereka tidak memberikan hak-hak manusia.
"Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku khawatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (kiamat)." (QS. Hud: 84)
Para penduduk Madyan beranggapan bahwa mengurangi timbangan adalah salah satu bentuk kepandaian dalam jual beli serta bentuk kelicikan dalam mengambil dan membeli. Kemudian nabi mereka datang dan mengingatkan bahawa hal tersebut merupakan hal yang hina dan termasuk pencurian. Nabi Syua’ib risau jika mereka meneruskan sikap buruk tersebut, nescaya mereka akan diturunkan azab. Oleh kerana itu, Al-Qur'an mengingatkan agar jangan sampai ada manusia yang berbuat kerosakan di muka bumi:
"Dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan. Sisa (keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu." (QS. Hud: 85-86)
Para penduduk Madyan yang kafir mereka biasa memujadan menyembah al-Aikah, yaitu pohon dari al-Aik yang dikelilingi oleh dahan-dahan yang berputar di sekelilingnya. Mereka termasuk orang-orang yang menjalin hubungan sesama manusia dengan cara-cara yang sangat keji. Perhatikanlah semua itu dalam dialog mereka bersama Syu'aib. Mereka berkata, "wahai Syu'aib apakah agamamu yang memerintahkanmu...?" Seakan-akan agama ini mendorong Syu'aib sehingga ia mentaati tanpa pertimbangan dan pemikiran (jumud). Mereka menuduh lagi bahawa agama telah membuatkannya gila. Demikianlah celaan yang dilemparkan kaum Madyan itu. Sesungguhya Nabi Syu’aib tidak pernah berhenti berdakwah dan menasihatkan mereka dengan lemah lembut walaupun ditentang secara keras.
"Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. " (QS. Hud: 88)
Usai Nabi Syu'aib berdakwah kepada Allah SWT dan menjelaskan al-islah (usaha memperbaiki masyarakat) dan mengingatkan mereka bahaya penentangan serta menakut-nakuti mereka dengan menceritakan kembali seksaan yang diterima orang-orang yang berbohong sebelum mereka. Meskipun demikian, Nabi Syu'aib tetap membukakan pintu pengampunan dan pintu taubat bagi mereka. Beliau menunjukkan kepada mereka kasih sayang Tuhannya Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Namun kaum Nabi Syu'aib memilih azab. Kekerasan hati mereka dan keinginan mereka untuk mendapatkan harta yang haram serta rasa puas dengan sistem yang mengatur mereka, semua itu menyebabkan mereka menolak kebenaran.
Kaum Nabi Syu'aib berpindah dari cara mengejek pada cara menyerang. Nabi Syu'aib telah menyampaikan bukti kepada mereka setelah mereka mengejeknya, lalu mereka mengubah cara mereka berdialog. Mereka memberitahunya bahwa mereka tidak memahami apa yang beliau katakan dan mereka melihat bahwa Nabi Syu'aib sebagai orang yang lemah dan hina. Dan seandainya kalau bukan karena mereka takut (kasihan) kepada keluarganya niscaya mereka akan membunuhnya. Mereka menampakkan kebencian kepada Nabi Syu'aib dan ingin sekali untuk membunuhnya kalau bukan karena alasan-alasan yang berhubungan dengan keluarganya. Menghadapi ancaman itu, Nabi Syu'aib tetap menunjukkan sikap lembutnya lalu beliau bertanya kepada mereka dengan maksud untuk menggugah kesekian kalinya akal mereka:
"Syu 'aib menjawab: 'Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah. " (QS. Hud: 92)
Mereka menggunakan tahap baru dengan cara mengancam Nabi Syu'aib; mereka mengancamnya untuk membunuh dan mengusir dari desa mereka; mereka memberi pilihan kepada Nabi Syu'aib antara terusir dan kembali kepada agama mereka yang menyembah pohon-pohon dan benda-benda mati. Nabi Syu'aib memberitahu kepada mereka bahwa masalah kembalinya ia ke agama mereka adalah masalah yang tidak berhubungan dengan masalah-masalah yang disebutkan dalam perjanjian.
Mereka mengejek Nabi Syu'aib dan beliau dengan tenang menunggu datangnya azab Allah SWT. Allah SWT mewahyukan kepada beliau agar keluar bersama orang-orang mukmin dari desa tersebut. Akhirnya, Nabi Syu'aib keluar bersama para pengikutnya dan datanglah azab Allah SWT:
"Dan takkala datang azab Kami. Kami selamatkan Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari kami, dan orang-orang lalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, kebinasaan bagi penduduk Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa." (QS. Hud: 94-95)
Ia adalah teriakan sekali saja satu suara yang datang kepada mereka dari celah-celah awan yang menyelimuti. Mula-mula mereka barangkali bergembira karena membayangkan itu akan membawa hujan tetapi mereka diperanjatkan ketika datang kepada mereka seksaan yang besar pada hari yang besar.
Selesailah masalah ini. Mereka menyedari bahwa teriakan itu membawa bencana buat mereka; teriakan itu menghanguskan setiap makhluk yang ada di dalam negeri itu. Mereka tidak mampu bergerak dan tidak mampu menyembunyikan diri dan tidak pula mereka dapat menyelamatkan diri mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan