Rabu, 27 Mei 2009

Project Work for Add Math

0 komen pembaca
Attention to all Form 5 student especially for the AXIS member, i would like to introduce you some easy work to complete for our thesis. Just click here or click here to download this project work. Move forward with technology, just manipulate the world, therefore you can success. Use your brain wisely to conquer the world.

For my friends who want to download from scribd.com, if u do not have any id, u can use my own:
id= jiwamelayu
password=091190



p/s: Selalunya ada orang rajin gila nak buat sendiri, silakan...

Credit to:
My blog visitor
www.malakat92.com

Selasa, 26 Mei 2009

Syeikh Qardhawi - Mogok lapar tidak haram bahkan dituntut !

0 komen pembaca
"Utusan Malaysia yang bertarikh 26 Mei 2009 telah melaporkan dengan memetik kata-kata seorang tokoh agama berkata : "mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain" .

Saya tidak mahu mengulas panjang memandangkan beliau mempunyai autoriti untuk mengeluarkan pandangan tersebut. Tapi penulis di sini ingin menjelaskan bahawa Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !

Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari Laman Web Syeikh Yusuf Qardhawi :

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”


Fikirkanlah ...

Sabtu, 23 Mei 2009

Berita BADAR

9 komen pembaca
SBPI KUBANG PASU, 23 MEI- Dua pasang mempelai telah berjaya ditalakkan oleh Tok Kadi, Muhammad Fuad Abd Rahim bertempat di Mahkamah Syariah Bilik Gerakan BADAR tepat jam 7.12 dan 7.18 masing- masing. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mohamad Kamil Nawawi dan disaksikan oleh exco BADAR yang lain.

Pertuduhan telah difailkan oleh Timbalan Presiden II, Nurul Huda Abdullah tiga hari yang lalu. Turut sama menjadi saksi bagi pertuduhan itu ialah Kak Bella, Kak Fatin dan lain- lain.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah kandungan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang melampau ditemui di dalam telefon bimbit mereka. Bagaimanapun mereka telah mengaku insaf apabila telah dinasihati oleh Penasihat Undang- undang BADAR, Asyraf Muiz.

Salah seorang pasangan yang ditemui di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Arel, memaklumkan bahawa fasakh telah dituntut oleh pasangan wanitanya berikutan persediaaan untuk menghadapi PMR.

Apabila ditanya adakah permintaan untuk berhenti dari hubungan itu berlandaskan aqidah takut kepada Allah atau aqidah takut kepada PMR, dia hanya mendiamkan diri.

Talak dilafazkan apabila mereka semua bersetuju mengetahui keburukan ber'couple'.- Wartawan BADAR

Sabtu, 16 Mei 2009

Harga Sebuah Ilmu

4 komen pembaca
"Muiz, aku rasa hang kena tegur naqib," sapa seorang kawan, namanya Fakhri.

"Awat?" saya meminta kepastian lanjut.

"Aku jumpa risalah usrah dalam longkang, yang semalam punya," sambutnya.

Haish~ ni dah kali kedua perkara ni berlaku. Minggu lepas, saya menjumpai perkara yang sama. Saya bertanya kepada diri sendiri, di manakah silapnya. Adakah risalah usrah yang diberikan tak menarik? Atau lebih dahsyat lagi bertentangan dengan fahaman mereka? Saya rasa tidak.

Saya mengingat- ingat balik bagaimana saya berhasil menyediakan risalah usrah tersebut. Pertamanya, saya mencarinya di internet. Berebut jugalah dengan pengawas pusat sumber sebab nak gunakan komputer. Nak buat macam mana, komputer BADAR tiada sambungan internet. Terpaksalah saya menempek dan menebalkan muka untuk meminjam komputer PUSPA Baitul Hikmah. Kemudian, nak print pula. Berkali- kali petugas koperasi mencuba- cuba kata laluan di komputer mereka, baru berhasil. Lepas tu pula, mesin photostat habis dakwat. Hanya 45 salinan tidak lengkap dapat dihasilkan sedangkan bilangan usrah sebanyak 58. Terpaksalah bergabung usrah antara satu sama lain.

Bila dah jadi benda macam ni, sedih pun ada. Cabaran dalam berdakwah kot bila orang tak menghargai apa yang kita lakukan. Kalau nak fikirkan balik, benda yang saya terima ni. Bukannya berat sangat pun.

Tetapi, risalah tersebut mengandungi al- Quran dan hadis. Itu yang saya kesalkan.Sedangkan risalah tersebut bertemakan
Hakikat Mencintai Rasulullah SAW.

Naqib yang sepatutnya mengepalai usrah tidak bertanggungjawab terhadap usrah masing- masing.

Sepatutnya naqib terlebih dahulu hadam dengan tajuk usrah, tetapi ini tidak berlaku. Mereka mencampakkan hadis Nabi merata- rata tempat.

Adalah sesuatu yang mengecewakan!

Kerajaan Ilmu

Manusia jarang menghargai sesuatu, tambahan ia mudah diperolehi. Rasa kebenaran atas ayat ni ada kan? Hidup dalam suasana ilmu dan dalam keadaan berjihad dengan ilmu, tetapi BUKAN DENGAN PENAT LELAH SENDIRI. Mungkin ini yang menghilangkan dengan kelazatan menuntut ilmu dan beramal dengannya.

Setiap kali berbicara tentang ilmu, saya sering teringatkan Kerajaan Turki Othmaniyyah. Kerajaan yang kaya dengan ilmu. Zaman ilmu mula tersusun adalah pada zaman ini. Jawatan Mufti, Kadi, dan Sheikhul Islam juga mula diperkenalkan.

Jasa yang ditinggalkan oleh kerajaan Othmaniyyah adalah tidak ternilai. Melalui Sultan Muhammad Al- Fateh, Konstantinopel dapat ditakluki. Dikenali sebagai Istanbul pada hari ini.

Dalam hadis Rasulullah SAW diriwayatkan dengan maksud:
“Abdullah bin Amru bin al’As berkata bahawa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah SAW untuk menulis, tiba-tiba Baginda ditanya tentang kota manakah yang akan futuh (dibuka) terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom? Rasulullah SAW menjawab: “Kota Heraklius terlebih dahulu (maksudnya Konstantinopel).” (riwayat Imam Ahmad)

Hadis lain juga ada yang menyebutkan secara jelas tentang jatuhnya kota Konstantinopel ke tangan umat Islam yang bermaksud:
“Rasulullah SAW bersabda: Kamu akan pasti membebaskan Konstantinopel, sehebat-hebat Amir (Panglima Perang) adalah Amirnya dan sekuat-kuat pasukan adalah pasukannya.” (riwayat Imam Ahmad)

Setelah sekian lama berita gembira mengenai kejatuhan Konstantinopel ke tangan Islam diberitahu, namun tidak juga kunjung tiba walaupun generasi sahabat telah meninggal dunia dan diikuti generasi tabi’in.

Tetapi pada akhir pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, kota Istanbul akhirnya jatuh juga ke tangan Islam, sebagai bukti kebenaran hadis Rasulullah SAW.

Istanbul dapat ditakluki kerana ilmu!

Melalui pemerintahan Orhan, termeterai perjanjian dengan Raja John VI Cantacuzens demi menjatuhkan kuasa Byzantine. Dengan kebijaksanaan siasah itu, Islam mula tersebar di Eropah. Kerana Eropah sedang mengalami zaman gelap ketika itu, bilamana rakyatnya tidak tahu menghargai ilmu, maka dunia Islam dilihat sebagai penyelamat ketika itu.

Tetapi, situasi kecil yang ditunjukkan oleh segelintir umat kita menandakan kita akan meruntuhkan tamadun ilmu yang dibina dahulu. Bilakah masanya lagi akan muncul Sultan Abdul Hamid II yang mempertahankan Kerajaan Othmaniyyah sehingga ke titisan darah terakhir, andai ilmu kita tidak endahkan?

Guru Oh Guru

1 komen pembaca
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Jumaat, 15 Mei 2009

Nakbah

2 komen pembaca



Semalam, hari penubuhan negara haram Israel. Hari ini adalah 15 Mei. Hari Nakbah. Hari ribuan umat Palestina diusir dari negara mereka sendiri. Hari bermulanya penindasan dan kekejaman sejak tahun 1948 lalu.

Tidak kira apa pegangan kita (mazhab mahupun parti), sebagai umat Islam kita berkewajipan untuk bersama-sama memerdekakan Palestin. Ia harus digembleng menerusi aspek apa pun.

Isnin, 11 Mei 2009

Kekusutan Selesai

0 komen pembaca
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Alhamdulillah, hari ni saya merasai dua kemenangan. Pertama, kemenangan pasukan nasyid sekolah, Khairan dalam Festival Anti Dadah. Kedua, kemenangan kepada perjuangan Islam apabila mahkamah tinggi bertindak dengan adil dalam hal ini.



Apa lagi yang dapat saya katakan melainkan syukur gembira ke hadrat AlLAH?

Tidak ada gunanya apabila mengaku Melayu, mengaku memperjuangkan Melayu tetapi lupa pada sejarah Melayu. Lupakah mereka bahawa Tun Mutahir pernah memohon sembah derhaka dari Sultan Mahmud Syah apabila sultan memerintahkannya membunuh Hang Tuah? Apabila Nizar memohon sembah derhaka, ia tidak bermaksud hendak menderhaka kepada institusi kesultanan melainkan tidak ingin ikut arahan sultan sahaja. Sama seperti Tun Mutahir.

Nizar masih lagi MB yang sah, maka kita katakan Zambry adalah MB yang haram.

Mengapa Zambry dikatakan Menteri Besar yang haram? Semuanya disebabkan kekusutan yang berlaku adalah proses coup d' etat(rampasan kuasa) bukannya dengan proses yang diiktiraf undang- undang yang dijunjung UMNO sendiri. Sepatutnya, untuk menubuhkan kerajaan, seperti yang termaktub dalam Undang- undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak:
1. Undi tidak percaya kepada kepimpinan sedai ada. Contoh, bilangan kerusi di DUN Perak sebanyak 59 kerusi. Jika lebih separuh kerusi ADUN menyokong usul yang dikeluarkan yakni menolak kepimpinan Nizar, maka Zambry adalah MB yang sah. Tetapi ini tidak terjadi.
2. Pilihanraya semula di seluruh Perak. Tetapi, tidak ada tuntutan dari pihak Zambry.
3. Nizar meletak jawatan sebagai MB.
Kesemua prosedur di atas tidak diikuti melainkan mereka melanggarnya.

Timbul persoalan, mengapa Sultan Azlan memperkenan pelantikan Zambry?

Najib yang dilihat sebagai playmaker pada kali ini telah malu besar. Beliau bukan sahaja telah menipu sultan tetapi telah menipu rakyat negara ini seluruhnya. Di dalam undang- undang, terdapat satu akta yang dinamakan Akta Intepretasi.

Melaluinya, sultan berhak melantik MB pilhan hatinya tetapi dengan majoriti ADUN. Kita semua tahu, undi tak percaya tak pernah perlaku dalam Dewan yang Mulia. Tidak sepatutnya muncul majoriti kerusi DUN untuk BN.Adakah penghadapan Najib kepada Sultan Perak beberapa bulan dahulu untuk menipu sultan? Mengatakan BN mempunyai majoriti ADUN?

Hari ini adalah Hari Ulangtahun Kelahiran UMNO yang ke- 63. Hari ini juga, Umno Kalah di Mahkamah Tinggi. Adakah ini petanda kejatuhan UMNO yang kian hampir?

PUTRAJAYA 11 Mei - Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah, kemungkinan esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Apa lagi yang mereka mahukan? Mencabar kedaulatan undang- undang? Kalau berlaku rasuah, sekali lagi mereka akan menang.

Jumaat, 8 Mei 2009

INIKAH PENDERHAKA ITU?

1 komen pembaca
Sumber: KLik Sini



Apabila Dato Seri Ir Nizar Jamaludin tetap dengan keputusan tidak melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak maka juak-juak dalam Umno menggelarnya penderhaka kepada raja. Nizar juga dituduh bersikap biadab kepada Sultan dan Raja Muda Perak.

Tetapi melihat kepada gambar ini sekaligus menjawab segala tuduhan-tuduhan liar Umno. Melihat kepada gambar ini jelas menunjukkan kesopanan dan kemesraan di antara Nizar dan pihak istana.Menurut Nizar sewaktu dipanggil, "Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam (bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pakatan) dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik),"

Sumber: KLik Sini

Khamis, 7 Mei 2009

Siva Kena Heret Macam Lembu

0 komen pembaca


Aku konfem gambar ni masuk buku teks sejarah form 5 tahun 2015

Untuk maklumat pasal Krisis Perak sila ke blog tersebut.

Blog Bro Aduka Taruna.
Blog Pak Bakaq.
Blog MSO.
Blog Tok Sago.

Jumaat, 1 Mei 2009

Warkah Terbuka buat Sahabat Tercinta

0 komen pembaca
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaykum warahmatullah wabarakatuh.

Bersulamkan rasa kasih dan cinta kepada sahabat sekalian, saya tuliskan warkah ini. Warkah ini tidak boleh dibincangkan dengan emosi, ianya harus diperkatakan dengan ukhuwwah. Dengan harapan semoga kita melihat dan menilai sesuatu itu dengan kaca mata yang adil dan benar. Warkah ini juga sebenarnya khas untuk pelajar- pelajar SBPI Kubang Pasu yang baru pulang dari Kursus Bina Negara anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri. Sebahagiannya masih lagi berada di sana.

Biro Tatanegara telah mewajibkan semua pelajar SBP seluruh negara menghadiri kursus ini.

Sahabat yang saya kasihi,


Mereka menimbulkan 'kesedaran' kepada kita dengan lagu ini:

video

Mereka dari kursus tersebut mengatakan Melayu sedang ditindas. Mereka juga mengatakan yang menindas Melayu adalah dari kaum yang lain: Cina dan India. Mereka menyalahkan DAP yang memansuhkan DEB di Pulau Pinang. Kerana ketiadaan DEB, Melayu mundur. Mereka menuduh Tuan Guru Nik Aziz seorang ulama' yang jahat: sanggup membenarkan penggunaan kalimah ALLAH bagi penganut agama samawi lain.

Benarkah begitu?

Mereka juga mengatakan ada hadis yang mendakwa salam orang bukan Islam tak boleh dijawab. Mereka mungkin tidak tahu hadis nabi:

"Sesiapa yang berbohong atas namaku (dengan sengaja) maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (HR Bukhari dan Muslim)

Sahabatku yang disayangi,

"Di Malaysia cuma ada satu bangsa sahaja, Melayu. Cina dan India tak layak duduk di sini. Ini bumi kita!"

"Kedudukan orang Melayu tergugat apabila satu pertiga kerusi di Parlimen dikuasai oleh bukan Bumiputra."

Apabila tiba di sekolah, inilah yang didengar oleh telinga sahabatmu. Nampaknya misi menerapkan ketuanan Melayu telah berjaya dilakukan mereka.

Hiba saya mendengar ungkapan sebegitu. Hiba saya bukan kerana itu tanda Melayu jatuh tetapi kerana ucapan- ucapan itu mengandungi erti ashabiyyah yang perit. Bukankah Islam menekankan prinsip keadilan yang teguh kepada penganut agama lain?

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (Surah Al- Mumtahanah 60:8)

Apa yang bangsa Cina dan India buat terhadap bangsa Melayu? Adakah mereka melakukan penghapusan etnik? Adakah mereka membunuh bangsa Melayu saban hari?

Tidak wahai sahabat!

Sahabat yang saya sentiasa ingati,


Siapakah yang telah 'membunuh bangsa Melayu secara senyap sebenarnya?

Sepanjang DEB berjalan, berapa ramai jutawan Melayu yang lahir? Sekurang- kurangnya kemiskinan Melayu menjadi sifar. Tetapi, itu tidak berlaku. Mengapa mereka menuduh Lim Guan Eng sebagai pemusnah bangsa Melayu?

Sejarah tidak mungkin dapat melupakan tindakan "jahat" UMNO menghapuskan tulisan jawi sehingga melahirkan generasi yang buta jawi dan al Quran . Implikasinya , generasi ini membesar dalam keadaan jauh dari petunjuk Ilahi dan mereka mula terpesong dengan menjebakkan diri secara mudah dalam kancah maksiat dan mungkar .

UMNO mungkin tidak dapat memaafkan diri mereka sendiri apabila bertindak "bodoh" demi mengekalkan kuasa mereka , dalam kesempatan membentuk persempadanan semula kawasan pilihanraya bagi sessi penggal 2003/2004 tidak menambah langsung kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu seperti Kedah , Perlis , Terengganu dan Kelantan berasaskan kebimbangan pihak PAS akan menang besar dalam pilihanraya .

Samalah sebagaimana UMNO "mendera" rakyat yang rata - ratanya berbangsa Melayu di negeri Terengganu dangan merampas Royalti minyak petroleum Terengganu sedang mereka membayarnya untuk Sabah dan Serawak .

Menutup dua buah MRSM di negeri Terengganu berasaskan "dendam" politik di zaman PAS menguasai negeri tersebut turut dilihat sebagai jenayah UMNO terhadap bangsa Melayu .

Bertambah parah apabila UMNO kelihatan nekad membantai dan membelasah orang melayu yang rata - rata beragama Islam apabila mereka meruntuhkan institusi ibadah orang melayu yang beragama Islam seperti masjid dan surau dan ini berlaku di Kg. Bujal Terengganu , Kampung Berembang di Ampang , Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi dan demikian mereka mengunci surau dan masjid seperti apa yang berlaku kepada surau seksyen 18 di Shah Alam dan lainnya.

UMNO juga bertanggungjawab memberi tekanan ke atas sekolah agama rakyat (SAR) dengan tidak lagi memberi bantuan perkapita kepada sekolah - sekolah agama milik rakyat yang umumnya pelajar SAR ini adalah orang - orang melayu yang beragama Islam sehingga akhirnya sebahagian SAR rebah menyembah bumi dan tidak lagi mampu beroperasi dengan baik untuk mebekalkan ilmu agama kepada rakyat.

Tiada siapa yang dapat memaafkan UMNO apabila mereka menangkap dan memenjara malah menyeksa pemimpin - pemimpin Melayu terutama daripada PAS hanya kerana mereka menentang UMNO dalam sebuah negara demokrasi . Pula tidak pernah mereka membicarakan para pemimpin melayu yang mereka tahan secara adil di mahkamah sebaliknya menggunakan akta draconian ISA untuk kepentingan atau survival kuasa politik mereka .

Pemimpin UMNO mengambil kesempatan di atas mandat undi rakyat untuk mengautkan keuntungan membina empayar dan kemewahan keluarga dan kroni mereka bertaraf million ringgit , sementara rakyat khasnya yang berbangsa Melayu terus melarat sehingga masih ada kampung Melayu dalam negeri maju di negara ini di sampai elektrik dan air.

Bila UMNO menjaga Melayu ? Lihat aksi mereka menjelang pilihanraya . Sasaran mereka ialah Kelantan yang Menteri Besar dan Exco serta rakyatnya majoriti Melayu . Mereka dera Kelantan lebih 17 tahun hanya kerana semata - mata Kelantan menolak kepimpinan UMNO . Sedang mereka tidak peduli nasib orang Melayu di Pulau Pinang yang pernah disebut oleh Tun Dr. Mahathir bagai berada di zaman perang dunia kedua. Mereka juga tidak ambil endah kesan ke atas orang Melayu di Johor dengan projek Pembangunan Wilayah Iskandar apabila mereka membuka kawasan itu kepada Singapura .

Banyak lagi wahai sahabat, tindakan- tindakan yang menindas bangsa Melayu.

Entahlah , saya naik jelak apabila UMNO cuba bercakap soal Melayu . Melayu yang mereka tindas dan khianati . UMNO menikam Melayu dari belakang kemudian berlagak nak bercakap soal Melayu.

Sejauh manakah autoriti UMNO untuk terus bercakap soal Melayu?

Sahabat yang saya cintai,

Sebagai rakyat berbangsa Melayu , saya bangga dengan bangsa saya dan saya bangga menjadi Melayu . Saya juga mahukan bangsa saya hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi .

Tetapi UMNO tidak layak untuk bercakap soal Melayu apalagi untuk bercakap soal ketuanan Melayu . Selain daripada UMNO adalah sebuah parti perkauman dan hanya bercakap soal Melayu dengan bahang api perkauman dikala mereka tersepit dan kalah seperti ini , UMNO lebih dilihat sebagai pengkhianat bangsa dan perosak anak bangsa sendiri.

Soal bangsa boleh diperjuangkan tetapi tidak dengan semangat perkauman tetapi atas semangat agama yang penuh toleransi dan saling menghormati antara agama dan bangsa .

Agama Islam mengizinkan kita kasihkan bangsa tetapi tidak menghela kepada semangat perkauman sehingga bersikap prejudis terhadap kaum bangsa lain. Justeru itu, Ketuanan Islam wajar diperjuangkan. Islam selamat maka bangsa akan selamat.

Islam adalah agama yang tidak meletakkan warna kulit dan bahasa lidah sebagai kualiti dalam sistem nilainya, tetapi merujuk kepada taqwa dan ketundukkannya kepada Allah Tuhan yang mencipta alam ini.

Dalam khutbah al wada' ( dari Jabir bin Abdullah rha. ) Nabi saw. pernah bersabda:

يأيها الناس ألا إن ربكم واحد ألا إن أباكم واحد ألا لا فضل لعربي على أعجمي و لا لعجمي على عربي و لا لأسود على أحمر و لا أحمر على أسود إلا بالتقوى إن أكرمكم عند الله أتقاكم

Maksudnya : Wahai manusia ! Ketahuilah sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu . Sesungguhnya bapa kamu adalah satu . Ketahuilah ! Tiada kelebihan bagi Arab mengatasi bukan Arab dan tiada ( kelebihan ) bukan Arab mengatasi Arab dan demikian tiada ( kelebihan ) sikulit hitam mengatasi sikulit merah dan tiada ( kelebihan ) sikulit merah mengatasi sikulit hitam kecuali dengan TAQWA. Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu.(HR Al- Bukhari)

Demikian membawa maksud yang sama, Allah berfirman di dalam surah al Hujurat ayat 13 bahawa Ia mencipta manusia yang terdiri dari kalangan lelaki dan perempuan malah berpuak- puak dengan pelbagai suku kaum untuk mereka saling kenal mengenal (berinteraksi dan bekerjasama) antara satu sama lain dan kemuliaan melalui sistem nilai Ilahi ialah kepada mereka yang paling bertaqwa kepadanya.

Islam membatasi isu perkauman dan sangat menghormatinya malah Islam telah menetapkan dasar tidak sekali- kali boleh kita memaksa orang lain memeluk ajaran Islam termasuklah menghina tuhan- tuhan mereka.

Ini sebahagian adab dan prinsip Islam yang berjaya meletakkan Islam sebagai sebuah agama yang sesuai untuk semua dan sangat toleransi dengan semua kecuali terhadap mereka yang menghina dan memeranginya.

Alhamdulillah, perkembangan semasa hari ini memperlihatkan sedikit demi sedikit tembok perkauman ini runtuh dan ia membuka ruang yang lebar untuk semua pihak menilai Islam dari dekat tanpa sebarang halangan besar.

Sekurang - kurangnya mereka akan memahami bahawa apa yang dilontar oleh Barat selama ini adalah tidak lebih sekadar satu tohmahan jahat dan liar terhadap Islam.

Islam sebenarnya tidak asing kepada semua bangsa dalam negara kita. Islam terlebih dahulu sampai ke negera China berbanding Malaysia demikian juga India yang lebih awal menerima kemasukan Islam ke negara mereka. Melayu ternyata jauh lebih lewat menerima Islam berbanding China dan India.

Islam mengajar elemen yang suci dan baik serta menghormati perbezaan agama dan budaya. Lantaran itu, Islam andai diberi peluang, mampu meletakkan negara yang pelbagai kaum ini berada dalam satu hubungan raya antara kaum dan bangsa yang harmonis dan selamat . Tiada siapa yang akan dinafikan haq apalagi disakiti oleh pemimpinnya tanpa haq.

Lihat sajalah kepada 2 prinsip dan dasar kepimpinan Islam dalam isu hubungan antara kaum dan hak persamaan mereka dalam sebuah negara Islam, sebagai contoh saya perlihatkan:

Pertama kenyataan Saidina Abu Bakar as - Siddiq pada hari baginda dibaiah atau dilantik menjadi Ketua Pemerintah:

إني وليت عليكم و لست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و إن أسأت فقوموني الصدق الأمانة و الكذب الخيانة القوي فيكم ضعيف عندي حتى آخذ حق منه و الضعيف فيكم قوي عندي حتى آخذ حق له

Sesungguhnya akhu dilantik menjadi pemimpin kamu sedang aku bukanlah yang terbaik dikalanmgan kamu. Justeru itu , jika berlaku adil maka bantulah aku dan jika aku menyeleweng maka perbetulkan aku. Benar adalah amanah dan bohong adalah khianat . Orang kuat pada kamu adalah lemah padaku sehingga aku boleh mengambil suatu yang hak daripadanya sementara orang lemah pada kamu adalah kuat padaku sehingga aku mengembalikan haknya.

Kedua dapat dilihat melalui sikap Nabi saw. terhadap non muslim yang sedia berada dibawah pemerintahan Islam yang disebut sebagai kafir zimmi:

من آذى ذميا فقد آذاني

Barang siapa yang menyakiti non muslim yang berada di bawah pemerintahan Islam (zimmi) maka ia telah menyakiti diriku.

Sahabat yang menjadi ruhul qalbi,

Sebagaimana berkali saya tegaskan bahawa kaum dan bangsa selain Melayu akan tersentuh hati mereka apabila kita senantiasa mengenegahkan soal Melayu , Melayu dan Melayu . Kenapa tidak ? sebagaimana kita juga akan tersentuh perasaan jika mereka hanya mengenegahkan isu Cina , Cina dan Cina .

Ini kerana di sebabkan bangsa kita adalah suatu yang tidak boleh berubah. Kita jadi Melayu bukan kerana pilihan kita sebagaimana Cina menjadi Cina bukan kerana pilihan mereka .

Justeru itu, bercakap soal bangsa tidak boleh menyelesaikan masaalah perpaduan dan persefahaman antara kaum . Kita bercakap soal bangsa malah selalu berbangga dan mendabik dada dengan bangsa kita , sekalipun bangsa kita mempunyai pelbagai kelebihan dan kehebatan ia tetap akan mengundang rasa tidak puas hati dikalangan bangsa lain kerana mereka sampai bila pun tidak boleh jadi melayu untuk sama - sama menikmati kelebihan tersebut.

Apabila kita timbulkan isu ketuanan Melayu, maka Cina dan India akan terguris perasaan mereka disebabkan sampai bila pun, mereka tidak boleh jadi Melayu untuk turut sama menikmati "ketuanan" tersebut. Tambahan kalau Melayu dipandang tidak memiliki apa - apa oleh mereka , saya kira sampai bila pun mereka tidak berminat "menjadi" Melayu .

Berbeza kiranya kita bercakap soal Ketuanan Islam. Selain daripada Islam adalah agama samawi yang benar dan hebat , ia adalah agama yang boleh diterima oleh siapa sahaja justeru turunnya adalah menjadi rahmat kepada sekelian alam .

Sesiapa sahaja boleh menjadi muslim. Tidak mengira apa bangsa ia dicipta , Asy Syahadatain boleh menjadikan mereka layak sebagai seorang muslim. Maksudnya sesiapa sahaja boleh menerima Islam asal sahaja meyakini bahawa tiada Tuhan melainkan Allah sebagai Tuhan yang layak disembah. Melayu kah mereka demikianlah cina atau Indiakah mereka. Mereka boleh jadi Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim atau apa sahaja bangsa mereka.

Kalau pun mereka tidak mahu menjadi muslim atau tidak menerima Islam sebagai agama dan cara hidup mereka. Mereka masih boleh memilih untuk berada dibawah lindungan Islam sebagai golongan zimmi yang membayar Jizyah kepada pemerintahan Islam.

Memandangkan Cina dan India terlebih dahulu mengenali Islam berbanding Melayu , maka saya sangat yakin apabila kita bercakap soal Ketuanan Islam, ianya tidaklah mengecewakan mereka.

Apa yang malang ialah umat Islam sendiri gagal beramal dan menghayati Islam sebagai cara hidup dan membimbing manusia kembali ke jalan yang benar. Sedikit sebanyak ia menjadi fitnah kepada ummah .

Namun begitu Islam tetap utuh sebagai agama suci yang dipelihara oleh Allah jalla wa A'ala . Ajarannya tetap menunjuk ke arah jalan yang benar. TIdak sahaja jalan menuju akhirat dan membina kehidupan akhirat di syurga ALlah tetapi Islam adalah agama yang lengkap dengan pelbagai akta dan enakmen serta peraturan untuk manusia menjalani kehidupan di dunia.

Persoalannya kenapa tidak kita bercakap soal Ketuanan Islam lantas memperjuangkannya . Islam agama yang syumul pula kaya dengan kemuliaan akhlak dan ketinggian nilai.

Saya berkeyakinan tinggi bahawa Islam agama yang mampu malah boleh diterima oleh sesiapa sahaja andainya sampai kepadanya keterangan dan penjelasan yang lengkap mengenai Islam. Selebihnya kembali kepada ketentuan Allah untuk memberi hidayah atau tidak.

Paling tidak, menjadikan mereka akur akan kebenaran Islam dan tidak lagi memusuhi Islam atau peringkat seterusnya, mereka sedia malah memilih untuk berada dibawah lembayung Islam justeru menginsafi keadilannya kalaupun mereka belum bersedia untuk menganut ajaran Islam.

Mempertahan dan memperjuangkan Ketuanan Islam nyata berbaloi berbanding perjuangan bangsa dan warna kulit.

Berasaskan realiti ini, saya menyeru agar kita tidak lagi memperjuangkan bangsa sebaliknya memperjuangkan Ketuanan Islam disamping kita berbangga menjadi bangsa apa kita diciptakan.

Sahabat sekalian, anda mempunyai dua pilihan. Memperjuangkan Melayu yang tidak terjamin keselamatannya atau memperjuangkan Islam yang ALLAH jamin kemuliannya sehingga hari kiamat.

Yang Benar,
Sahabatmu